JOMRIA.COM

JOMRIA.COM

JOM CEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Hello world.. Selamat datang semua ke blog Jomria.. blog dari semut..  Terlebih dahulu aku ucap terima kasih sebab korang sudi terjah kat blog aku ni.. Yup.. pada kali ini aku amat tertarik ngan isu yang memang dah lama dan hangat dibincangkan di negara kita Somalia Malaysia..???  Seperti tajuk di atas ni.. Nyamuk Aedes..
Kalau ditanya soalan siapa nak jatuh sakit pasti jawapan korang “tiada seorang pun di dunia ini yang ingin sakit”. Takda la yang nak sakit.. Semua manusia di dunia ni ingin hidup sihat dan sejahtera.


Hmm.. kalau nak hidup sihat kita manusia perlulah sama-sama  bertanggungjawab untuk menjaga  kebersihan sebab kebersihan dan keadaan sistem saliran yang tidak  terurus dengan baik boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti  DEMAM DENGGI  yang berpunca daripada nyamuk aedes.
Kalo korang nak tahu nyamuk aedes nilah sejenis nyamuk yang mudah hidup dan cepat membiak. Kitaran pembiakan nyamuk aedes ni hanya mengambil masa selama seminggu menyebabkan nyamuk ini sukar dibunuh. Ha seminggu ja.. Bukan berbulan-bulan.. Bunuh nyamuk aedes hari ni esok ada lagi yang lain.
Proses kitaran nyamuk aedes ini kita boleh bahagikan kepada telur, jentik-jentik, kepompong dan menjadi nyamuk dewasa. Ha.. Ketika menjadi nyamuk dewasa inilah, nyamuk ini akan memindahkan virus atau kumin kuman denggi kepada mangsa yang lain melalui gigitan.
Oleh itu, semua masyarakat perlulah memainkan peranan mencegah penyakit ni.. Sini adalah sedikit Tip nak cegah penyakit ni..
 Kita boleh bermula di rumah kerana nyamuk ini membiak di takungan air bersih sahaja. Pandai pula nyamuk aedes ni, tinggal di tempat yang bersih tapi  bawa kuman yang kotor.  Oleh itu, kita perlulah memasukkan ubat racun jentik-jentik ke dalam kawasan tadahan air dalam jangka waktu tiga bulan sekali. Di samping itukita juga perlu membersihkan takungan air setiap minggu.
Apa lagi peranan kita nak cegah pembiakan nyamuk aedes ni.?? Caranya penduduk sesuatu kawasan setempat tinggal perlu bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk. Langkah yang paling bijak bagi membenteras masalah ini ialah kita perlu melaporkan kepada pihak berwajip seperti Pejabat Kesihatan dengan segera jika terdapat kes-kes demam denggi yang  berlaku di kawasan kejiranan kita.
Selain itu, kalo ada yang mengalami tanda-tanda awal deman denggi perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Jangan dok tunggu dah nak mampu_ baru nak ambik rawatan.
Pangkal pokoknya semua pihak perlulah sama-sama berganding bahu untuk membenteras pembiakan nyamuk aedes kerana nyamuk ini amat berbahaya kepada kita. Serangan ultraman nyamuk aedes ni  boleh menyebabkan demam denggi yang ada kalanya boleh menyebabkan kematian.
Hmm.. tu saja la perkongsian aku pada kali ni.. harap kita semua terhindar daripada penyakit demam dengki angkara nyamuk aedes ni.. sama-samalah kita berusaha memastikan persekitaran tempat tinggal kita dalam keadaan bersih..
Kalau korang ada sebarang perkongsian boleh kongsi kat blog aku ni.. BYE2.. TQ..

2 comments:

  1. Sekarang ni terpaksalah selalu bersihkan kolam depan rumah.. kalau tak bimbang juga nyamuk aedes membiak

    ReplyDelete
  2. yup.. harus jaga kebersihan tempat tinggal masing-masing..

    ReplyDelete