JOMRIA.COM

JOMRIA

Jom Ketahui 5 Jenis-Jenis Pencemaran Alam Sekitar

Salam buat semua... Perkongsian aku pada hari ini mengenai isu pencemaran alam sekitar. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa pencemaran alam sekitar banyak mempengaruhi kualiti hidup kita. Ada juga yang tahu mengenai isu pencemaran berlaku di sekitar tempat mereka tetapi buat tak kisah je.. Jom kita ketahui jenis-jenis pencemaran alam sekitar.
  1. Pencemaran Sungai
Antara pencemaran alam sekitar yang selalu terjadi ialah pencemaran air sungai. Pencemaran air sungai berlaku disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuangan  bahan-bahan yang kotor ke dalam sungai seperti sisa toksik dari kilang dan sampah sarap yang dibuang oleh orang ramai ke dalam sungai. Sesungguhnya, air sungai yang kotor ini boleh menjejaskan kesihatan masyarakat jika ia digunakan sebagai keperluan harian seperti air minuman dan untuk mandi.
  1. Pencemaran Air Laut
Selain itu, berlaku juga pencemaran air laut yang boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. Malah bukan manusia sahaja yang terganggu dengan masalah ini tetapi haiwan juga. Pencemaran air laut ini telah menyebabkan hidupan laut seperti ikan, sotong dan udang mati. Pencemaran air laut ini berlaku kerana pembuangan sisa toksik dan pembuangan minyak hitam segelintir manusia. Sering juga kita degar pencemaran air laut juga boleh berlaku disebabkan tumpahan minyak akibat kebocoran kapal tangki minyak.
  1. Pencemaran Udara
Pencemaran udara juga merupakan satu lagi jenis pencemaran alam sekitar. Pencemaran udara berlaku apabila asap dikeluarkan oleh kenderaa seperti motosikal, kereta dan lori. Pencemaran udara juga boleh terjadi akibat aktiviti pembakaran hutan untuk tujuan pertanian. Pencemaran udara ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti sesak nafas.
  1. Pencemaran Daratan
 Di samping itu, berlaku juga pencemaran daratan yang boleh memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Pencemaran daratan ini berlaku akibat perbuatan segelintir manusia melakukan aktiviti pembalakan di hutan tanpa perancangan rapi. Pencemaran daratan juga berlaku apabila ada pihak yang rakus untuk meratakan tanah di kawasan tanah tinggi untuk membina bangunan atau lebuh raya tanpa membuat perancangan rapi. Akibatnya berlaku masalah banjir lumpur sehingga menyebabkan air sungai menjadi kotor serta busuk.
  1. Pencemaran Bunyi
Satu lagi jenis pencemaran alam sekitar adalah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi berlaku kerana sesetengah kenderaan mengeluarkan bunyi kuat yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Antara kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang kuat ialah kapal terbang, motosikal dan loriKesan negatif  pencemaran bunyi ini akan menyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak seterunya mengakibatkan masalah pendengaran kepada kita.
Pencemaran alam sekitar ini  mendatangkan banyak kesan buruk kepada kehidupan manusia dan haiwan. Semua pihak hendaklah bekerjasama mengatasi masalah ini. Sesungguhnya alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih sihat.

3 comments:

  1. manusia memang suka cemarkan alam sekitar. tak tahu nak hargai ciptaan Allah. Natijahnya cuaca tak menentu, sekarang ni terik lain macam je.

    ReplyDelete
  2. nice blog checkout mine on

    http://www.onjokes.blogspot.com

    feel free to leave a comment

    ReplyDelete
  3. sye suke lah dgn blok ni dpt ilmu

    ReplyDelete