JOMRIA.COM

JOMRIA.COM

KEBAIKAN MEMBACA


Isu-isu yang berkatan dengan tabiat membaca kerap dibincangkan dalam televesyen dan surat khabar. Hal ini kerana tabiat membaca di kalangan masyarakat masih  lagi rendah. Terdapat beberapa kebaikan mengamalkan tabiat membaca.

   1. Menambahkan Pengetahuan 
Antara kebaikan membaca ialah kita dapat menambahkan pengetahuan. Bahan-bahan yang boleh kit abaca untuk menambahkan pengetahuan ialah buku, majalah dan surat khabar. Pengetahuan yang kita perolehi daripada pembacaan boleh digunakan untuk menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh, pengetahuan kita tentang pemakanan seimbang membolahkan kita mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat agar tubuh kita akan menjadi sihat.

  1. Mengisi Masa Dengan Berfaedah
Selain itu, membaca juga membolehkan kita mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Setiap orang memiliki masa lapang pada setiap hari. Jika kita tidak menggunakan masa lapang yang kita miliki dengan baik, kita akan rugi. Oleh itu, ibu bapa perlu mendorong anak untuk membaca apabila ada masa lapang dan sebaik-baiknya ibu perlu membaca bersama  anak-anak.
  1. Mencerdaskan Minda
Kebaikan lain aktiviti membaca ialah dapat mencerdaskan minda kita. Malalui pembacaan, minda akan memproses maklumat yang dibaca dan  dapat mengingat apa yang dibaca dalam jangka masa yang lama. Rangsangan pada minda ini njuga akan mencerdaskan minda kita. Minda yang cerdas akan dapat mengeluarkan idea-idea baru dan dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.
  1. Lulus Dalam Peperiksaan Cemerlang
Di samping itu, dengan membaca juga membolehkan seseorang pelajar lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang. Terdapat beberapa mata pelajaran yang memerlukan pelajar banyak membaca seperti mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Malaysia. Dengan banyak membaca, pelajar akan dapat mengingati dan memahami sesuatu topic atau tajuk dengan baik. Pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
  1. Memupuk Nilai-Nilai Murni
Kebaikan membaca seterusnya ialah kita dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai murni ini terpupuk dalam diri secara tidak langsung atau secara tidak langsung. Nilai-nilai murni yang akan terpupuk dalam diri ialah nilai menghargai masa dan kerajinan. Sikap rajin membaca ini juga akan menjadi contoh kepada orang lain dan secara tidak langsung dapat merangsang orang lain untuk turut sama mengamalkan budaya membaca.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan yang akan kita perolehi daripada sikap rajin membaca. Sesungguhnya,yang rajin membaca bukan sahaja akan menjadi orang yang pandai tetapi juga akan mendapat pekerjaan yang baik. Pada pendapat saya, pihak kerajaan wajar mengadakan kempen membaca dengan lebih agresif lagi bagi menggalakan lebih ramai rakyat membaca. Rakyat yang rajin membaca pasti akan dapat membantu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju dan tebilang.

No comments:

Post a Comment