JOMRIA.COM

JOMRIA.COM

NILAI-NILAI MURNI YANG PERLU DIAMALKAN

Isu nilai-nilai murni sering diperkatakan dalam surat khabar dan televisyen. Isu ini menjadi topik perbincangan yang hangat kerana generasi muda didapati kurang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Isu ini tidak boleh dipandang ringan dan ia perlu diperbaiki demi kebaikan bersama. Ada beberapa nilai murni yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Antara nilai murni yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian ialah nilai kebersihan. Kita hendaklah menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Kebersihan diri akan menjadikan hidup kita sihat dan ceria serta menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit. Kebersihan alam sekitar pula akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dan cantik sekaligus dapat memajukan sektor pelancongan.

Selain itu, kita juga perlu mengamalkan nilai kerajinan. Sikap rajin akan membolehkan kita mencapal impian dan cita-cita kita. Contohnya, jika kita rajin dalam pekerjaan yang kita lakukan, kita pasti akan cepat dinaikkan pangkat dan mendapat gaji yang lumayan. Oleh itu, jika semua rakyat Malaysia rajin bekerja, pasti Malaysia akan menjadi negara yang maju seperti negara Jepun.

Di samping itu, kita juga perlu mengamalkan nilai hormat-menghormati. Nilai hormat-¬menghormati ini penting bagi rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap rakyat Malaysia mesti menghormati budaya, adat resam, dan agama kaum lain. Sesungguhnya, sikap hormat-menghormati ini akan dapat memupuk perpaduan kaum dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman.
Kita juga mesti mengamalkan nilai amanah. Orang yang mengamalkan nilai amanah akan mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap amanah juga dapat menjadikan kita disukai oleh orang lain kerana orang yang amanah tidak akan melakukan perkara yang negatif seperti mencuri dan rasuah. Jika semua rakyat mengamalkan nilai amanah, pasti negara kita akan bertambah maju dan disukai oleh pelabur asing.

Nilai patriotisme atau semangat cinta akan negara juga patut diamalkan oleh kita. Amalan nilai patriotisme ini akan menjadikan negara Malaysia terus merdeka dan aman. Jika ada musuh yang ingin menakluki negara, kita hendaklah menentang musuh itu dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Salah satu cara untuk memupuk nilai patriotisme ini lalah dengan bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan negara pada setiap tahun.

Amalan nilai-nilal murni amat penting dalam kehidupan seharian kerana amalan ini banyak faedahnya. Amalan nilai murni ini perlu dipertingkatkan oleh masyarakat dari semasa ke semasa. Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen kesedaran tentang amalan nilai-nilal murni di stesen televisyen dan radio. Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat akan menjadikan negara Malaysia aman, tenteram serta maju.

No comments:

Post a Comment