JOMRIA.COM

JOMRIA

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang dimiliki oleh ramai rakyat Malaysia. Pada masa kini telefon bimbit dianggap sebagal satu keperluan dalam kehidupan seharian. Telefon bimbit telah banyak mempengaruhi gaya hidup kita pada masa ini. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan telefon bimbit.

Antara kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagal alat perhubungan. Contohnya, telefon bimbit membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung untuk bertanya khabar. Telefon bimbit juga penting kepada pemandu kenderaan apabila berlaku sesuatu kemalangan di jalan raya. Jika berlaku kerosakan kenderaan pula, pemandu boleh menghubungi bengkel membaiki kenderaan atau juruteknik untuk membalki kenderaan tersebut.

Selain itu, telefon bimbit juga boleh dijadikan sebagal alat untuk melayari internet. Pada masa kini, perkhidmatan internet amat penting kepada para peniaga. Ramai pelajar universiti dan orang awam juga turut menggunakan perkhidmatan internet ini. Dengan menggunakan telefon bimbit, kita boleh melayari internet di mana sahaja, pada bila-bila masa dan dapat memperolehi sesuatu maklumat yang diperlukan dengan cepat.

Seterusnya, kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagai alat hiburan. Dengan memiliki telefon bimbit, kita dapat mendengar lagu dan rancangan di radio. Pada masa kini, telefon bimbit juga boleh digunakan untuk menonton rancangan di televisyen. Di dalam telefon bimbit ini juga ada pelbagai jenis permainan dan permainan ini amat disukai oleh golongan muda bagi mengisi masa lapang mereka.

Di samping itu, telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai kamera. Kita boleh mengambil pelbagai jenis gambar dan gambar ini boleh disimpan di dalam komputer atau dicetak. Telefon bimbit juga boleh berfungsi sebagal alat perakam video. Dengan memiliki telefon bimbit, kita boleh menjimatkan wang kerana kita tidak perlu lagi membeli alat perakam video.

Telefon bimbit juga membolehkan kita memasuki pelbagal jenis pertandingan. Kita berkemungkinan memenangi pelbagai hadiah apabila menyertal pertandingan tersebut. Kita juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menderma wang melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan menggunakan telefon bimbit, kita dapat melakukan banyak perkara dengan mudah dalam kehidupan seharian.

1 comment: