JOMRIA.COM

JOMRIA

KEBURUKAN MENAGIH DADAH

Isu penagihan dadah kerap menjadi bahan perbincangan di kalangan pemimpin negara dan media massa. Paparan di surat khabar dan televisyen menunjukkan perbuatan penagihan dadah semakin bertambah setiap tahun. Pada pendapat saya, isu penagihan dadah ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Perbuatan penagihan dadah boleh membawa keburukan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Keburukan penagihan dadah yang pertama ialah kepada diri sendiri. Penagih dadah akan mendapat pelbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti barah dan AIDS. Sama ada kita sedar atau tidak, sehingga kini penyakit AIDS masih tiada ubatnya. Selain itu, penagih dadah juga akan mencuri atau merompak untuk mendapatkan wang dan jika ditangkap, penagih dadah ini pasti akan dipenjara atau dihantar ke pusat pemulihan dadah.

Individu yang menagih dadah juga akan menyusahkan keluarga. Penagih dadah yang tidak mempunyai pekerjaan, biasanya akan meminta wang daripada ibu bapa atau keluarga untuk membeli dadah dan jika tidak diberi, penagih dadah tersebut akan mengamuk, kadangkala mereka akan mengambil barang-barang yang berharga kepunyaan ahli keluarga rga untuk dijual atau digadaikan. Keadaan ini pastinya akan menyebabkan berlakunya pergaduhan. Justeru, keharmonian keluarga akan terganggu.

Jika terdapat penagih dadah di kalangan masyarakat setempat pastinya kita akan renghadapi pelbagai masalah. Hal ini kerana penagih dadah yang tidak mempunyai pekerjaan akan mencuri harta benda masyarakat setempat untuk dijual bagi mendapatkan wang. Kadangkala penagih dadah juga memasuki rumah jiran tetangga terutama rumah yang dihuni oleh warga tua untuk mencuri wang atau barang yang berharga. Keadaan ini pastinya akan mengganggu ketenteraman hidup masyarakat.

Pihak kerajaan juga turut menghadapi masalah dalam isu penagihan dadah ini. Sebenarnya, pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi memulihkan penagih dadah di seluruh negara. Namun begitu, nampaknya wang yang dikeluarkan selama ini hanyalah satu pembaziran kerana kebanyakan penagih dadah yang telah dipulihkan itu akan menagih dadah semula. Pada masa yang sama pihak kerajaan terpaksa bekerja keras untuk menangkap pengedar-pengedar dadah yang begitu berani melanggar undang-undang negara.

Selain itu, penagih dadah juga turut merosakkan imej negara. Sebagai contoh. terdapat penagih dadah berpakaian lusuh yang sering meminta wang daripada orang ramai termasuklah pelancong asing di tempat tertentu seperti di stesen bas. Keadaan ini pasti akan menjatuhkan imej negara pada pandangan mata pelancong asing. Imej negara juga turut tercemar apabila ada pihak luar negara berpendapat, kerajaan Malaysia gagal menangani masalah penagihan dadah di negara ini yang nampaknya semakin berleluasa.

Sebagal kesimpulan, terdapat beberapa masalah yang wujud kerana perbuatan penagihan dadah. Oleh itu, semua pihak mestilah berganding bahu menangani masalah penagihan dadah. Pada pendapat saya, undang-undang yang lebih ketat patut digubal agar penagih dan pengedar dadah takut melakukan perbuatan yang salah ini. Malaysia mungkin perlu belajar darl negara jlran tentang strategi menangani permasalahan dadah ini dengan lebih serius lagi.

No comments:

Post a Comment