JOMRIA.COM

JOMRIA

CARA MENANGANI PERMASALAHAN DI KALANGAN REMAJA

Remaja merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu masalah sosial di kalangan remaja kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah bertambah dari setahun ke setahun. Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak, penagihan dadah dan pergaulan bebas. Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menangani permasalahan di kalangan remaja.

Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menangani gejala sosial ialah ibu bapa dan keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kaslh sayang kepada anak-anak remaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut. Sesungguhnya, anak-anak remaja amat mernerlukan bimbingan ibu bapa dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.

Pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga boleh membantu mengatasi masalah sosial remaja. Para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat. Jika masyarakat mendapati terdapat remaja yang melakukan perbuatan negatif, maka mereka mestilah menegur dan memberi nasihat secara berhikmah.

Selain itu, pemimpin setempat hendaklah memantau suasana cat tinggal di kawasan yang dipimpin secara berterusan dan memastikan gejala sosial yang berlaku segera diatasi. Jika para remaja melihat masyarakat mengambil berat tentang perlakuan mereka pasti para remaja akan memperbaiki tingkah laku mereka.

Pihak media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi permasalahan remaja. Umum mengetahui tentang keberkesanan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda seseorang. Media elektronik dan media cetak perlu menayangkan program yang dapat meningkatkan harga diri remaja.

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani permasalahan remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal undang-undang. Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara berterusan agar nilai-nilai murni dapat diamalkan oleh golongan remaja. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu program yang baik kepada remaja di Malaysia. Bagi remaja yang melanggar undang-undang negara, tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung perlakuan negatif tersebut.