JOMRIA.COM

JOMRIA

AMALAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KELUARGA

Antara nilai murni yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga ialah nilai kasih sayang terhadap keluarga. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak¬-anak. Pada masa yang sama, anak-anak juga perlu menyayangi Ibu bapa dengan sepenuh hati. Setiap ahli keluarga juga hendaklah menyayangi keluarga terdekat seperti datuk, nenek dan saudara-mara.

Selain itu, ahli keluarga juga perlu mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Ibu bapa mestilah menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan asas kepada setiap ahli keluarga. Antara kemudahan asas itu ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa. Ibu bapa juga hendaklah memberi pendidikan kepada anak-anak dengan menghantar anak-anak ke sekolah dan pusat pengajian tinggi. Bagi anak-anak pula, mereka hendaklah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan membantu Ibu bapa menguruskan rumah dan belajar bersungguh-sungguh.


Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga juga perlu diamalkan. Anak-anak hendaklah manghormati suruhan ibu bapa dalam urusan keluarga di rumah. Anak-anak juga mesti mematuhi peraturan yang ada dalam keluarga seperti peraturan tentang masa pulang ke rumah. Jika ada tetamu datang ke rumah, anak-anak mesti menghormati tetamu tersebut. Jika ibu bapa memarahi anak-¬anak tentang sesuatu perkara pula, anak-anak mesti berfikiran positif dan memohon maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan.

Sesebuah keluarga juga mesti mengamalkan nilai sayang-menyayangi dan menghargai alam sekitar. Ibu bapa dan anak-anak mesti menjaga kebersihan tempat tinggal agar tiada haiwan atau serangga seperti nyamuk, lipas dan tikus membiak yang boleh menjejaskan kesihatan ahli keluarga. Setain itu, ahil keluarga juga mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembakaran terbuka. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang dikhaskan. Jika terdapat plhak yang mencemarkan alam sekitar, ibu bapa dan anak-anak wajar membuat pengaduan kepada plhak Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan.

 
Di samping itu, ahli keluarga juga mesti mengamalkan nilai patriotisme atau cinta akan negara. Nilai patriotisme ini penting supaya anak-anak akan dapat menghargai kemerdekaan negara kita yang sudah dicapai pada 31 Ogos 1957 setelah negara kita dijajah selama lebih 400 tahun. Oleh itu, setiap keluarga wajar mengibarkan bendera Jalur Gemilang semasa sambutan Bulan Kemerdekaan. Sebagal tanda semangat patriotisme ibu bapa hendaklah mengutamakan pembelian barang-barang buatan Malaysia, contohnya dalam pembelian kenderaan, pakaian mahupun perabot rumah. Sesungguhnya, pembelian barang-barang buatan Malaysia akan dapat membantu perkembangan ekonomi negara.