Gejala Sosial Dikalangan Remaja

Aktiviti Melepak
Aktiviti melepak di kalangan remaja merupakan isu yang hangat diperkatakan dari dahulu lagi. Isu ini didapati masih berterusan dan tidak menampakkan titik penamat. Aktiviti remaja melepak ini sebenarnya merugikan para remaja kerana mereka telah membazirkan masa lapang mereka. Antara tempat yang sering menjadi lokasi melepak ialah pusat membell-belah, pusat snuker dan di tepi-tepi jalan. Aktiviti melepak ini boleh juga mendatangkan masalah lain seperti pergaduhan dan gangguan ketenteraman awam.

Merempit
Selain itu, para remaja cenderung untuk menjadi mat rempit dan menyertai lumba haram. Aktiviti merempit dan lumba haram ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri malahan boleh mengancam nyawa orang lain. Aktiviti merempit dan lumba haram ini banyak dilakukan pada malam minggu dan di jalan-jalan yang strategik. Tindakan pihak polis membanteras lumba haram patut dipuji dan sebagai masyarakat, kita patut memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membenteras gejala merempit ini.

Merokok dan Menagih Dadah
Selain itu, aktiviti merokok dan menagih dadah juga merupakan gejala sosial yang sering dilakukan oleh remaja. Aktiviti merokok boleh mendorong kepada berlakunya aktiviti penagihan dadah. Aktiviti menagih dadah ini sebenarnya boleh menyebabkan penyakit AIDS yang membawa maut. Oleh itu, musuh nombor satu negara ini perlu terus dibanteras hingga ke akar umbi.

Vandalisme
Perbuatan vandalisme juga merupakan gejala sosial yang sering dilakukan oleh golonganremaja kini. Banyak harta awam sering diconteng dan dirosakkan oleh segelintir remaja yang tidak bertanggungjawab Kerosakan harta benda awam ini telah mendatangkan kesulitan kepada orang awam. Antara harta awam yang selalu dirosakkan oleh remaja ialah telefon awam, tandas awarn, papan tanda dan tempat menunggu bas. Justeru, perbuatan vandalisme ini perlu dibanteras supaya kehidupan masyarakat lebih tenteram dan harmoni.   

Pergaulan Bebas
Pergaulan bebas di kalangan remaja juga merupakan gejala sosial yang selalu berlaku. Pergaulan bebas ini akan membawa kepada pelakuan seks rambang yang boleh mengakibatkan kelahiran anak luar nikah.
Gejala Sosial Dikalangan Remaja Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget