Kebaikan Bersukan Di Sekolah

Di sekolah aktiviti sukan merupakan salah satu cabang dalam kegiatan kokurikulum. Antara contoh aktiviti sukan ini seperti bola sepak, bola jaring, badminton, hoki dan renang. Selain itu, aktiviti sukan juga meliputi olahraga seperti acara padang dan acara balapan. Kebiasaannya aktiviti sukan ini diadakan pada waktu petang. Terdapat beberapa kebaikan mengadakan aktiviti sukan di sekolah.

Menyihatkan Badan 
Kebaikan aktiviti sukan ialah pelajar dapat menyihatkan badan. Badan yang sihat amat penting untuk mencerdaskan minda. Minda yang baik akan dapat membantu pelajar dalam pelajaran. Apabila pelajar terlibat dalam aktiviti sukan, jantung mereka dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu,  aktiviti sukan ini perlu dilakukan dengan berterusan oleh pelajar, pasti mereka dapat mengelakkan daripada penyakit berbahaya.     

Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Berfaedah 
Kebaikan aktiviti sukan di sekolah juga ialah dapat mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Masa lapang yang tidak diisi dengan perkara yang berfaedah akan menyebabkan pelajar membazirkan masa mereka. Biasanya pelajar mempunyai banyak masa lapang di sebelah petang. Jika tiada aktiviti sukan, pelajar cenderung untuk menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton televisyen, tidur atau melepak di luar rumah. Secara tidak langsung, aktiviti sukan di sekolah telah dapat mengurangkan kegiatan yang berunsur negatif di kalangan pelajar.

Mengcungkil Bakat Dalam Sukan
 
Selain itu, aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam sesuatu acara sukan. Dalam pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, akan muncul pemenang dalam sesuatu acara. Pihak sekolah akan memilih pemenang-pemenang ini untuk mewakili sekolah di peringkat daerah dan seterusnya di peringkat negeri. Bakat-bakat baru ini juga akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Malaysia. Kebanyakan atlet dan ahli sukan yang ada di negara kita bakatnya dicungkil melalui pertandingan sukan di peringkat sekolah.

Memupuk Nilai-Nilai Murni 
Selain itu, aktiviti sukan di sekolah juga dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Sebenarnya amalan nilai-nilal murni ini penting kepada pelaiar bagi membantu mereka menjadi pelajar yang cemerlang. Banyak nilai murni yang boleh dipupuk secara langsung atau tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai bekerjasama, kerajinan, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan. Amalan nilai-nilai murni ini membolehkan mereka menjadi peiajar yang baik di sekolah mahupun di rumah.    

Memupuk Perpaduan 
Kebaikan seterusnya aktiviti sukan di sekolah ialah dapat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, perpaduan kaum amat penting dan ia perlu dipupuk dari awal. Dengan menyertal aktiviti sukan, nilai toleransi dan nilai berkerjasama antara kaum dapat dipupuk kepada semua pelajar. Dengan wujudnya perpaduan kaum, pasti negara akan terus aman dan bertambah maju serta dapat dijadikan contoh oleh negara-negara lain.
Kebaikan Bersukan Di Sekolah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget