Kebaikan Tabiat Membaca


Terdapat beberapa kebaikan mengamalkan tabiat membaca. Antaranya;

Menambahkan Pengetahuan
Antara kebaikan membaca ialah kita dapat menambahkan pengetahuan. Bahan-bahan yang boleh kit abaca untuk menambahkan pengetahuan ialah buku, majalah dan surat khabar. Pengetahuan yang kita perolehi daripada pembacaan boleh digunakan untuk menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh, pengetahuan kita tentang pemakanan seimbang membolahkan kita mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat agar tubuh kita akan menjadi sihat.

Mengisi Masa Dengan Berfaedah
Selain itu, membaca juga membolehkan kita mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Setiap orang memiliki masa lapang pada setiap hari. Jika kita tidak menggunakan masa lapang yang kita miliki dengan baik, kita akan rugi. Oleh itu, ibu bapa perlu mendorong anak untuk membaca apabila ada masa lapang dan sebaik-baiknya ibu perlu membaca bersama  anak-anak.

Mencerdaskan Minda
Kebaikan lain aktiviti membaca ialah dapat mencerdaskan minda kita. Malalui pembacaan, minda akan memproses maklumat yang dibaca dan  dapat mengingat apa yang dibaca dalam jangka masa yang lama. Rangsangan pada minda ini njuga akan mencerdaskan minda kita. Minda yang cerdas akan dapat mengeluarkan idea-idea baru dan dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.

Membantu  Lulus Dalam Peperiksaan Cemerlang
Di samping itu, dengan membaca juga membolehkan seseorang pelajar lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang. Terdapat beberapa mata pelajaran yang memerlukan pelajar banyak membaca seperti mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Malaysia. Dengan banyak membaca, pelajar akan dapat mengingati dan memahami sesuatu topic atau tajuk dengan baik. Pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Memupuk Nilai-Nilai Murni
Kebaikan membaca seterusnya ialah kita dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai murni ini terpupuk dalam diri secara tidak langsung atau secara tidak langsung. Nilai-nilai murni yang akan terpupuk dalam diri ialah nilai menghargai masa dan kerajinan. Sikap rajin membaca ini juga akan menjadi contoh kepada orang lain dan secara tidak langsung dapat merangsang orang lain untuk turut sama mengamalkan budaya
Kebaikan Tabiat Membaca Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget