Keburukan-Keburukan Merokok

Menjejaskan Kesihatan Diri
Keburukan utama tabiat merokok ialah boleh menjejaskan kesihatan diri.Tabiat merokok mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit kronik.Antara penyakit kronik tersebut ialah barah paru-paru,barah hati,barah mulut dan penyakit jantung.Sesungguhnya,penyakit-penyakit ini boleh membawa kematian.

Menjejaskan Kesihatan Keluarga
Selain itu,tabiat merokok juga boleh menjejaskan kesihatan keluarga.Asap rokok yang terdapat di dalam udara rumah akan menyebabkan keluarga terdedah kepada penyakit berbahaya.Hai ini kerana asap rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kima beracun yang amat berbahaya.Apabila terdapat ahli keluarga sakit,pasti ia akan menyusahakan semua orang dalam keluarga.


Pembaziran Wang
Tabiat merokok juga menyebabakan berlakunya pembaziran wang.Dalam sehari perokok terpaksa berbelanja puluhan ringgit untuk membeli rokok.Dengan ini perbelanjaan sara hidup perokok akan bertambah dan apa  yang pasti tiada maanfaat yang diperolehi daripada tabiat ini.Jika seseorang tidak merokok,pasti mereka boleh mennyimpan wang tersebut untuk masa depan.


Mengotorkan Alam Sekitar
Disamping itu,tabiat merokok juga boleh mengotorkan alam sekitar,Udara akan menjadi tercemar dengan asap rokok.Selain itu,terdapat juga perokok yang sengaja membuang punting atau kotak rokok di tempat awam.Keadaan ini boleh mencemarkan alam sekitar sekali gus boleh merosakkan imej negara pada pandangan pelancong asing.


Boleh Menyebabkan Kebakaran
Tabiat merokok juga boleh  menyebabakan berlakunya kebakara.Kebakaran boleh berlaku apabila perokok membuang punting rokok yang masih berasap di semak atau tampat pembuangan sampah.Kebakaran yang berlaku akan merosakkan tanaman,harta benda dan mendatangkan kesusahan kepada  anggota bomba.Alam sekitar juga akan tercemar dengan asap tebal dan ia boleh menyebabkan terjadinya jerebu.
Keburukan-Keburukan Merokok Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget