Kenapa Perlu Menyayangi dan Menghormati Golongan Tua

Menghargai Jasa Golongan Tua
Antara sebab mengapa golongan tua perlu dihormati dan disayangi ialah golongan tua telah banyak berjasa kepada kita. Ibu bapa yang sudah semestinya telah banyak berjasa kepada anak-anak. Semasa anak-anak kecil, ibu bapa telah menyediakan segala keperluan asas anak-anak seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Ibu bapa juga turut memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan menghantar anak-anak ke sekolah.

Tenaga Mereka Sudah Berkurangan
Selain itu, golongan tua juga perlu dihormati dan disayangi kerana tenaga mereka sudah berkurangan. Hal ini kerana golongan tua sudah tidak mampu lagi membuat kerja-kerja yang berat seperti bercucuk tanam dan menjadi menjadi nelayan. Golongan tua juga tidak mampu berjalan jauh. Sewajarnya golongan tua hanya melakukan kerja-kerja yang ringan sahaja kerana mereka sudah tidak mampu untuk bekerja kuat dan perlu dilindungi.

Mudah Diserang Pelbagai Penyakit
Golongan tua juga mudah diserang pelbagai penyakit. Penyakit yang menyerang ini menyebabkan pergerakan mereka terbatas. Antara penyakit yang selalu menyerang golongan tua ialah sakit sendi tulang, penyakit jantung dan sebagainya. Kadangkala golongan tua hanya terbaring di atas katil sahaja kerana diserang pelbagai jenis penyakit.

Masalah Pendengaran dan Ingatan
Disamping itu, pendengaran dan ingatan golongan tua juga sudah mula berkurangan. Ingatan yang semakin berkurangan ini menyebabkan golongan tua memerlukan bantuan untuk membuat sesuatu perkara. Pendengaran yang kurang jelas pula menyebabkan golongan tua agak sukar untuk berinteraksi dan secara tidak langsung menjadikan mereka agak pendiam. Jika ada pihak yang menghormati dan menyayangi mereka, pasti kehidupan mereka akan menjadi lebih gembira dan bahagia.

Menghargai Pengetahuan dan Pengalaman Mereka
Golongan tua juga perlu dihormati dan disayangi kerana mereka mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan yang dimiliki oleh golongan tua ini dapat membantu golongan muda menyelesaikan pelbagai maslah yang dihadapi. Golongan tua juga mempunyai pengalaman yang boleh dikongsi dengan golongan muda. Oleh itu, jika golongan tua dan muda dapat bekerjasama, pasti ia akan mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan Negara.
Kenapa Perlu Menyayangi dan Menghormati Golongan Tua Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget