Punca Remaja Suka Melakukan Vandalisme

Sikap Remaja Sendiri 
Punca vandalisme ini jika diteliti dengan mendalam adalah disebabkan daripada diri remaja itu sendiri. Remaja yang melakukan vandalisme kerana mereka tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Remaja juga tidak memikirkan masalah yang dihadapi oleh orang ramai dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan kesan daripada perbuatan vandalisme yang mereka lakukan. Antara kemudahan awam yang sering dirosakkan oleh remaja ialah telefon awam, peralatan permainan di taman permainan, dinding perhentian bas dan banyak lagi tempat awam. Oleh itu, remaja yang melakukan vandalisme ini sewajarnya diberi kaunseling dan dihukum dengan sewajarnya.

Sikap Negatif Keluarga
Namapak macam tidak logik vandalisme berpunca daripada keluarga. Ya. Sikap negatif keluarga juga turut menjadi faktor penyebab remaja melakukan vandalisme. Kebiasaannya ibu bapa tidak menegur sikap anak yang selalu merosakkan harta benda keluarga. Jika ibu bapa tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghentikan sikap negatif anak-­anak yang merosakkan harta benda di rumah, pasti tabiat ini akan terbawa-bawa apabila mereka berada di luar rumah. Oleh itu, sewajarnya ibu bapa memberi pendidikan agama dan moral kepada anak-anak sejak kecil agar mereka tidak bersikap negatif.

Pengaruh Negatif Rakan Sebaya
Sebahagian daripada permasalahan vandalisme adalah kerana pengaruh rakan. Jika remaja tersalah memilih kawan, pasti mereka akan terjerumus dalam kegiatan negatif seperti vandalisme. Contohnya, permainan kanak-kanak di taman permainan akan dirosakkan setelah kumpulan remaja terbabit bermain di situ untuk menunjukkan kehebatan kepada rakan yang lain. Sikap masyarakat yang tidak menegur sikap vandalism remaja memburukkan lagi permasalahan ini.

Pengaruh Negatif Media Massa 
Media massa juga hanyak mempengaruhi perbuatan vandalisme di kalangan remaja. Sevbagai contoh, terdapat stesen televisyen yang menyiarkan program-program yang bercorak ganas dan merosakkan harta benda yang boleh mempengaruhi remaja. Sebahagian daripada remaja terdorong untuk melakukan perkara yang sama apabila menonton rancangan sebegitu. Permainan video tentang pergaduhan sememangnya juga  secara tidak langsung boleh membentuk sikap remaja yang sengaja merosakkan harta benda awam. Pihak media massa khususnya pihak berwajib sewajarnya menapis filem-filem sebegini dengan lebih ketat  sebelum disiarkan di kaca televisyen.

Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang
 
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga menjadi pendorong kepada perbuatan vandalisme. Setakat ini, tidak ramai remaja yang ditangkap kerana perbuatan vandalisme. Keadaan juga sedemikian menyebabkan para remaja tidak takut untuk melakukan vandalisme. Oleh itu, pihak berkuasa patut menambah pegawal bagi membuat rondaan dan pemantauan di tempat-tempat yang selalu berlakunya vandalisme. Selain itu, pesalah vandalisme perlu didakwa di mahkamah supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.
Punca Remaja Suka Melakukan Vandalisme Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget