CARA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

Isu-isu yang berkaitan dengan keluarga kerap dibincangkan dalam majalah keluarga dan televisyen. Isu-isu ini dibincangkan kerana ingin memberi panduan kepada ibu bapa dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pada pandangan saya, semua ibu bapa wajar melengkapkan diri dengan ilmu mendidik anak-anak agar dapat membentuk sebuah keluarga bahagia. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.


Cara yang utama dalam membentuk sebuah keluarga bahagia ialah dengan mengamalkan nilai sayang-menyayangi dalam keluarga. Sesungguhnya, nilai sayang­menyayangi ini akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, ibu bapa mesti menyayangi anak-anak sepenuh hati. Manakala anak-anak juga mesti menyayangi ibu bapa mereka dengan sepenuh hati di samping mendengar segala nasihat mereka.

Selain itu, dalam keluarga mesti ada sikap menghormati antara ahli keluarga. Sikap hormat-menghormati ini akan dapat mengelakkan konflik dalam keluarga. Oleh itu, anak­anak mesti menghormati ibu bapa pada setiap masa dengan tutur kata dan perbuatan yang balk. Anak yang lebih muda pula wajar menghormati abang atau kakak yang lebih tua.

Kesihatan ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga bahagia. Ibu bapa mesti memastikan kesihatan ahli keluarga berada dalam keadaan yang baik. Aka terdapat ahli keluarga yang sakit, ibu bapa mesti segera membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aspek kebersihan dalam rumah dan persekitaran juga perlu diambil berat oleh ibu bapa dan anak-anak.

Selain menyediakan keperluan asas, ibu bapa juga mesti memberikan pelajaran kepada anak-anak. Pelajaran amat penting kepada anak-anak kerana anak-anak yang berpelajaran tinggi akan mendapat pekerjaan yang baik. Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak pendidikan agama dan moral bagi membentuk sahsiah diri yang baik. Sesungguhnya, keluarga yang berpelajaran tinggi dapat membantu pembangunan negara.

Keluarga yang bahagia akan dapat dibentuk jika keselamatan anggota keluarga terjamin. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan keselamatan anak-anak terjaga ketika berada di rumah mahupun di luar rumah. Keselamatan harta benda keluarga juga perlu dijaga dengan balk. Kemalangan yang berlaku bukan sahaja akan menyusahkan anak-anak tetapi juga turut menyusahkan ibu bapa.

 Pembentukan keluarga yang bahagia akan memberikan kesan positif kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, dalam membentuk sebuah keluarga bahagia, ibu bapa dan anak-anak mesti saling memahami dan bertanggungjawab. Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam membentuk keluarga bahagia dengan mengadakan Kempen Keluarga Bahagia melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio.
CARA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget