CARA MENANGANI MASALAH PENAGIHAN DADAH

Daripada paparan di media massa, jelas menunjukkan bahawa masalah penagihan dadah terus meningkat setiap tahun. Isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat  Terdapat beberapa cara yang boleh ditakukan untuk menangani masalah penagihan dadah.

Ibu bapa boleh memainkan peranan dalam mengatasi masalah penagihan dadah. Hal ini kerana ibu bapa boleh menasihati anak-anak mereka agar menjauhi najis dadah. Ibu bapa juga boleh menjelaskan kepada anak-anak tentang keburukan dadah iaitu penyakit berbahaya seperti AIDS. Selain itu, ibu bapa juga mestilah memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa.

Masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah penagihan dadah. Jika masyarakat mendapati ada tempat-tempat yang dijadikan lokasl penagihan dadah, maka masyarakat hendaklah  bekerjasama menghapuskan tempat-tempat tersebut. Pernimpin masyarakat juga boleh menasihati masyarakat setempat agar menjauhi najis dadah  dalam setiap ucapan di majils yang dihadirinya. Selain itu, anggota masyarakat boleh juga membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mereka mendapati terdapat kegiatan menagih dadah berlaku di tempat mereka.       

Media massa juga  boleh memainkan peranan untuk mengatasi masalah penagihan dadah. Hal Ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda seseorang memang tidak boleh dinafikan. Media massa seperti televisyen boleh menyiarkan gambar-gambar tentang pesalah dadah yang telah ditangkap dan dihukum untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain. Manakala akhbar pula boleh menyiarkan rencana tentang keburukan penagihan dadah.

Masalah penagihan dadah juga boleh diatasi dengan tindakan individu itu sendiri. Setiap individu hendaklah mempunyal jati diri yang tinggi agar dapat menangkis apa jua anasir negatif yang datang. Justeru, setiap orang hendaklah memikirkan masa depan mereka dan sentiasa menjauhi sikap ingin mencuba atau merasai najis dadah. Anggapan segelintir orang yang mengatakan bahawa dengan menagih dadah, seseorang itu dapat menghilangkan segala masalahnya hanyalah 'khayalan' belaka kerana penggunaan dadah tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan kematian dan kesengsaraan.

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk mengatasi masalah penagihan Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi membendung gejala penagihan dadah.  Pihak kerajaan juga mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan pelbagai program kesedaran tentang penyalahgunaan dadah. Program-program kesedaran ini boleh dilaksanakan melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio yang dimiliki oleh pihak kerajaan.

Beberapa cara holeh dilaksanakan untuk mengatasi masalah penagihan dadah. Masalah penagihan dadah ini mesti segera diatasi kerana  ia boleh mendatangkan masalah kepada diri sendirl, masyarakat dan Negara. Semua   pihak mesti berganding bahu dalam menangani masalah penagihan dadah ini. Dengan kerjasama semua pihak, sudah  pasti masalah penagihan dadah akan dapat diatasi.
CARA MENANGANI MASALAH PENAGIHAN DADAH Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget