JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran Sungai
Antara pencemaran alam sekitar yang selalu terjadi ialah pencemaran air sungai. Pencemaran air sungai berlaku disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuangan  bahan-bahan yang kotor ke dalam sungai seperti sisa toksik dari kilang dan sampah sarap yang dibuang oleh orang ramai ke dalam sungai. Sesungguhnya, air sungai yang kotor ini boleh menjejaskan kesihatan masyarakat jika ia digunakan sebagai keperluan harian seperti air minuman dan untuk mandi.


Pencemaran Air Laut
Selain itu, berlaku juga pencemaran air laut yang boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. Malah bukan manusia sahaja yang terganggu dengan masalah ini tetapi haiwan juga. Pencemaran air laut ini telah menyebabkan hidupan laut seperti ikan, sotong dan udang mati. Pencemaran air laut ini berlaku kerana pembuangan sisa toksik dan pembuangan minyak hitam segelintir manusia. Sering juga kita degar pencemaran air laut juga boleh berlaku disebabkan tumpahan minyak akibat kebocoran kapal tangki minyak.

Pencemaran Udara
Pencemaran udara juga merupakan satu lagi jenis pencemaran alam sekitar. Pencemaran udara berlaku apabila asap dikeluarkan oleh kenderaa seperti motosikal, kereta dan lori. Pencemaran udara juga boleh terjadi akibat aktiviti pembakaran hutan untuk tujuan pertanian. Pencemaran udara ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti sesak nafas.

Pencemaran Daratan
Di samping itu, berlaku juga pencemaran daratan yang boleh memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Pencemaran daratan ini berlaku akibat perbuatan segelintir manusia melakukan aktiviti pembalakan di hutan tanpa perancangan rapi. Pencemaran daratan juga berlaku apabila ada pihak yang rakus untuk meratakan tanah di kawasan tanah tinggi untuk membina bangunan atau lebuh raya tanpa membuat perancangan rapi. Akibatnya berlaku masalah banjir lumpur sehingga menyebabkan air sungai menjadi kotor serta busuk.

Pencemaran Bunyi
Satu lagi jenis pencemaran alam sekitar adalah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi berlaku kerana sesetengah kenderaan mengeluarkan bunyi kuat yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Antara kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang kuat ialah kapal terbang, motosikal dan lori. Kesan negatif  pencemaran bunyi ini akan menyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak seterunya mengakibatkan masalah pendengaran kepada kita.
JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget