LANGKAH MEWUJUDKAN SEMANGAT KEJIRANAN

Semangat kejiranan bermaksud hubungan baik antara orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Sebenarnya banyak kebaikan jika kita mengamalkan semangat kejiranan dalam kehidupan iaitu kita akan mendapat bantuan sewaktu ditimpa bencana seperti kemalangan atau sakit. Semangat kejiranan juga dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.


Semangat kejiranan boleh diwujudkan dengan amalan bertegur-sapa dan bertanya khabar antara individu yang tinggal berjiran. Memberikan senyuman juga boleh merapatkan hubungan diantara jiran. Sesungguhnya, peluang mengamalkan semangat kejiranan begitu luas terutama ketika musim perayaan keagamaan atau kaum. Contohnya, aktiviti kunjung-mengunjung dan saling bertukar makanan boleh dilakukan pada musim perayaan. Individu yang berjiran juga mestilah mengelakkan daripada mengganggu ketenteraman jiran dengan tidak membuat bising dan tidak bermain mercun pada hari perayaan.   

Bagi jiran yang telah berkeluarga, amalan saling membantu dalam menghadapi masalah juga dapat mewujudkan semangat kejiranan. Biasanya bantuan atau pertolongan ketika menghadapi sesuatu bencana seperti kebakaran dan kemalangan lebih meninggalkan kesan yang berpanjangan dalam semangat kejiranan. Keikhlasan dalam memberi bantuan menyemarakkan lagi semangat kejiranan. Sikap tolong-menolong dalam menjayakan sesuatu majlis keramaian pula boleh mendorong kepada kekalnya semangat kejiranan.

Masyarakat di sesuatu tempat boleh memupuk semangat kejiranan dengan menubuhkan pasukan Rukun Tetangga atau Rela. Badan sukarela ini pasti akan menyumbang kepada ikatan semangat kejiranan yang berpanjangan. Pada masa yang sama semangat kejiranan ini dapat menghindari penduduk setempat daripada masalah gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan merempit. Pasukan Rukun Tetangga atau Rela juga dapat melindungi masyarakat setempat daripada kegiatan jenayah seperti mencuri dan merompak.

Sama ada kita sedar atau tidak, media massa banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. Peranan  yang boleh dimainkan oleh media massa seperti stesen televisyen dan radio ialah menyiarkan program yang boleh memupuk semangat kejiranan seperti ceramah agama dan ceramah motivasi. Stesyen televisyen juga boleh menayangkan filem yang boleh memupuk semangat kejiranan. Selain iklan dan lagu bermesej amalan semangat kejiranan juga boleh dijadikan sebagai program harian televesyen. Akhbar dan majalah juga perlu memuatkan gambar dan rencana tentang aktiviti yang dapat memupuk semangat kejiranan.

Pihak kerajaan pula boleh melaksanakan kempen Minggu Kesedaran Semangat Kejiranan di peringkat kebangsaan. Kempen kesedaran ini boleh dilaksanakan apabila kita menyambut sesuatu perayaan. Antara perayaan tersebut ialah Hari Raya Aidlifitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya. Sesungguhnya, program Rumah Terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan ini patut dipuji dan disokong. Selain itu, kempen kesedaran kejiranan juga boleh diadakan semasa sambutan Bulan kemerdekaan bagi memupuk perpaduan kaum.
LANGKAH MEWUJUDKAN SEMANGAT KEJIRANAN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget