Kemerdekaan
membawa erti yang amat besar kepada sesebuah negara. Begitu juga dengan negara
kita. Sambutan bulan kemerdekaan seharusnya melibatkan semua peringkat
masyaraka terutamanya pada peringkat murid sekolah rendah dan juga pelajar
sekolah menengah. Sebagai warga sekolah sesungguhnya kita harus mengetahui
sambutan Bulan Kemerdekaan ini memang wajar diadakan di peringkat sekolah.
Kenapa kita perlu mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah? Terdapat beberapa
kebaikan yang diperolehi daripada Program Sambutan Bulan kemerdekaan di
sekolah.
MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DI KALANGAN
PELAJAR
Antara
kebaikan sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah ialah dapat memupuk
semangat patriotisme di kalangan pelajar. Dengan adanya semangat patriotisme
dalam diri pelajar maka mereka dapat menanam sikap cinta akan negara pada
setiap masa. Antara aktiviti yang boleh diadakan dan dapat memupuk semangat
patriotisme ialah pameran dan tayangan filem tentang peristiwa tuntutan
kemerdekaan negara kita. Pelajar yang mempunyai semangat patriotism ini pasti
akan mempertahankan negara daripada ancaman musuh pada sepanjang masa.
MENDIDIK PELAJAR MENGHARGAI
PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN
Program
Sambutan Bulan Kemerdekaan juga akan membolehkan pelajar menghargai
pejuang-pejuang kemerdekaan. Sesungguhnya jasa pejuang kemerdekaan patut
dihargai. Pejuang kemerdekaan ini telah banyak berkorban harta dan nyawa untuk
memerdekakan negara. Pelajar juga boleh menghargai jasa pejuang kemerdekaan
sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah dengan membuat buku skrap dan
biografi tentang tokoh-tokoh kemerdekaan negara.
MEMUPUK PERPADUAN
Selain
itu, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memupuk perpaduan di antara pelajar
yang berbilang kaum. Perpaduan amat panting bagi semua rakyat Malaysia yang
berbilang kaum. Antara aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan yang boleh memupuk
perpaduan ialah Program Kibarkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu
patriotik. Pelajar yang sedar tentang kepentingan perpaduan kaum pasti tidak
akan melakukan perbuatan yang menyinggung perasaan kaum lain di sekolah yang
boleh membawa kepada pergaduhan atau perselisihan faham.
MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DI KALANGA
PELAJAR
Program
Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan
pelajar. Amalan nilai-nilai murni ini penting bagi memelihara keharmonian hidup
pelajar dl sekolah. Antara nilai-nilal murni tersebut ialah bekerjasama,
bertolak ansur dan berfikiran positif. Antara Program Sambutan Bulan
Kemerdekaan yang dapat memupuk niial-nilai murni adalah Program Kibarkan Jalur
Gemliang dan Sambutan Ambang Merdeka.
MENINGKATKAN PENGETAHUAN PELAJAR
MENGENAI PERISTIWA KEMERDEKAAN
Di
samping itu, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga membolehkan pelajar
mendapat pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum, semasa
dan selepas kemerdekaan. Berbekalkan pengetahuan ini, pelajar pasti mampu
menjawab soalan-soalan yang berkaitan kemerdekaan dalam mata pelajaran
Sejarah dan Bahasa Malaysia. Oleh itu, pelajar pasti akan dapat lulus dengan
cemerlang dalam subjek-subjek tersebut. Pengetahuan yang diperolehi oleh
pelajar bukan sahaja dapat digunakan sewaktu peperiksaan di sekolah, malah
dapat digunakan selepas zaman persekolahan.