TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

Tanggungjawab pertama ibu bapa terhadap anak-anak ialah memberikan kasih sayang yang secukupnya. Kasih sayang yang mencukupi daripada ibu bapa membolehkan anak-anak membesar dengan seimbang daripada segi emosi dan jasmani. Manakala anak yang kurang mendapat perhatian kasih sayang daripada ibu bapa, biasanya cenderung untuk menjadi anak-anak yang nakal dan kurang berdisiplin. Selain itu, jika anak-anak kerap dimarahi ibu bapa, mereka akan berasa tidak disayangi lalu mencari jalan keluar dengan lari dari rumah dan berkawan dengan remaja yang juga bermasalah. Oleh yang demikian, ibu bapa mesti memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak pada setiap masa.

Selain itu, ibu bapa juga sewajarnya menyediakan keperluan asas kepada anak-anak. Sesungguhnya, keperluan asas yang mencukupi dapat merangsang perkembangan dirl yang seimbang. Antara keperluan asas yang diperlukan oleh anak-anak ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kegagalan ibu bapa menyediakan keperluan asas, akan menyebabkan anak-anak menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, ibu bapa perlu berbincang dan mencari jalan bagi menyediakan keperluan asas anak-anak mereka.

Ibu bapa juga bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak. Pendidikan yang diperlukan oleh anak-anak adalah pendidikan keagamaan dan keduniaan. Oleh itu, ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi untuk mendapat pendidikan yang sepatutnya. Apabila mereka cemerlang dalam pelajaran, anak-anak akan berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan. Secara tidak langsung taraf hidup keluarga juga akan turut meningkat.

Di samping itu, ibu bapa juga bertanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak. Ibu bapa mesti memastikan anak-anak selamat ketika ibu bapa pergi bekerja. Jika anak-anak bersekolah, ibu bapa perlu memastikan anak-anak dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah. Jlka anak-­anak sakit pula, ibu bapa perlu menghantar anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Sewajarnya  ibu bapa membeli atau menyewa rumah di tempat yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti tidak berdekatan dengan jalan raya yang sibuk.

Ibu bapa juga perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kebiasaannya anak-anak menghadapi masalah dalam pengangkutan pergi dan balik darl sekolah. bu bapa boleh menyelesaikan masaiah ini dengan mendapatkan perkhidmatan bas yang berdekatan dengan rumah mereka. Jika ibu bapa ada masa lapang, Ibu bapa boleh menghantar dan mengambil anak mereka dari sekolah. Jika anak-anak menghadapi masalah perhubungan dengan rakan di sekolah, Ibu bapa boleh membantu dengan memberikan kata-kata nasihat dan semangat kepada anak-anak mereka. 
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget