AMALAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KELUARGA



Amalan nilai-nilai murni dalam keluarga kerap dibincangkan dalam majalah dan stesen televisyen. Hal ini kerana amalan nilai-nilai murni dalam keluarga didapati semakin kurang diamalkan. Pada pandangan saya, amalan nilai-nilai murni dalam keluarga perlu clipellhara demi kebaikan keluarga. Terdapat beberapa amalan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam keluarga.
Amalan nilai murni yang paling utama dalam sesebuah keluarga ialah nilai sayang­menyayangi. Ibu bapa mestilah menyayangi anak-anak seumur hidup mereka. Anak-anak pula mestilah menyayangi ibu bapa dan mendengar segala nasihat mereka pada setiap masa. Anak-anak juga mesti saling menyayangi antara satu sama lain dan jangan sesekali menyimpan perasaan marah, dendam atau benci.
Selain itu, sesebuah keluarga mesti mengamalkan sikap tolong-menolong. Sikap tolong-menolong ini akan menjadikan kehidupan sesebuah keluarga itu lebih* rapat dan harmoni. Ibu bapa juga harus menolong anak-anak menyelesaikan apa jua masalah yang mereka hadapi. Anak-anak pula mesti menolong ibu bapa membuat kerja rumah seperti mengemas rumah dan membasuh pakaian.
Amalan nilai murni seterusnya ialah amanah. Dengan mengamalkan nilai amanah pasti kehidupan sesebuah keluarga itu akan menjadi lebih tenteram dan bahagia. Ibu bapa akan menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak dengan amanah. Manakala anak-anak pula tidak mencuri barang-barang berharga milik ahli keluarga dan bersikap amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagal anak.
Di samping itu, nilal kebersihan juga patut diamalkan dalam keluarga. Amalan kebersihan ini membolehkan ahli keluarga berada dalam keadaan yang sihat. Oleh itu, sampah yang terdapat dalam rumah mesti dibuang ke tempat yang dikhaskan. Ahli keluarga juga mesti menjauhi tabiat merokok kerana perbuatan ini boleh mengotorkan rumah dan menjejaskan kesihatan seisi keluarga.
Nilai murni yang lain lalah mematuhi peraturan keluarga. Dengan mematuhi peraturan keluarga pasti kehidupan dalam keluarga akan menjadi lebih tenteram dan harmoni. Anak-anak mesti meminta maaf daripada ibu bapa jika telah melanggar peraturan keluarga. Oleh itu, mesyuarat mingguan keluarga wajar diadakan untuk mengingatkan anak-anak tentang peraturan keluarga yang mesti dipatuhl.
  Amalan nilai-nilai murni membolehkan sesebuah keluarga hidup dalam keadaan aman dan bahagia. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu mengamalkan nllal-nllal mufni yang diamalkan terlebih dahulu agar dapat dicontohi oleh anak-anak. Sesungguhnya amalan nilai-nilai murni dalam keluarga akan memberi kesan kepada masyarakat dan negara.
AMALAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KELUARGA Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget