Remaja merupakan aset negara pada
masa hadapan. Namun demikian, isu masalah sosial
di kalangan remaja kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah
bertambah dari setahun ke setahun. Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak,
penagihan dadah dan pergaulan bebas. Terdapat
beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk
menangani permasalahan di kalangan remaja.
Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam
menangani gejala sosial ialah ibu bapa dan
keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak
dihabiskan di rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kaslh
sayang kepada anak-anak remaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak
remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut. Sesungguhnya,
anak-anak remaja amat mernerlukan bimbingan ibu bapa dalam menghadapi
kehidupan yang semakin mencabar.
Pihak masyarakat dan pemimpin setempat
juga boleh membantu mengatasi masalah sosial remaja. Para
remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat. Jika masyarakat mendapati
terdapat remaja yang melakukan perbuatan negatif, maka mereka mestilah menegur
dan memberi nasihat secara berhikmah.
Selain itu, pemimpin setempat hendaklah memantau
suasana cat tinggal di kawasan yang dipimpin
secara berterusan dan memastikan gejala sosial yang berlaku segera
diatasi. Jika para remaja melihat masyarakat mengambil berat tentang
perlakuan mereka pasti para remaja akan memperbaiki tingkah laku mereka.
Pihak media massa juga perlu memainkan peranan penting
dalam mengatasi permasalahan remaja. Umum mengetahui tentang keberkesanan media
massa dalam mempengaruhi hati dan minda seseorang. Media elektronik dan
media cetak perlu menayangkan program yang dapat meningkatkan harga diri remaja.
Pihak kerajaan juga boleh
memainkan peranan yang penting dalam menangani permasalahan remaja. Hal ini kerana pihak
kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal undang-undang.
Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara
berterusan agar nilai-nilai murni dapat diamalkan oleh golongan remaja. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) adalah satu program yang baik kepada remaja
di Malaysia. Bagi remaja yang melanggar undang-undang negara, tindakan tegas
hendaklah diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung perlakuan negatif
tersebut.