CIRI-CIRI ANAK YANG CEMERLANG

Anak yang cemerlang merupakan impian setiap ibu bapa. Ibu bapa yang bertanggungjawab akan memberikan kasih sayang dan menyediakan keperluan asas anak-anak mereka. Ibu bapa akan memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan menghantar mereka ke sekolah. Terdapat beberapa ciri yang dimiliki oleh anak-anak yang cemerlang.

# Sentiasa Menyayangi Keluarga
Anak yang cemerlang adalah anak yang akan menyayangi keluarganya pada setiap masa.
Anak yang cemerlang memahami bahawa kehidupan mereka pasti tidak akan sempurna sekiranya mereka tidak menyayangi keluarga. Mereka juga akan menyayangi keluarga terdekat seperti datuk, nenek, bapa saudara dan emak saudara. Kasih sayang kepada keluarga ini boleh ditunjukkan melalui pemberian hadiah sewaktu hari penting dalam keluarga seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan hari ulang tahun perkahwinan lbu bapa mereka

# Menghormati Orang Lain
Anak yang cemerlang juga akan menghormati orang lain pada setiap masa. Mereka tidak akan membantah suruhan ibu bapa kerana ibu bapa sentiasa menginginkan anak mereka berjaya dalam kehidupan. Anak yang cemerlang juga akan menghormati adik-beradik, terutama yang lebih tua daripada mereka. Jika ada tetamu yang datang ke rumah, mereka akan menghormati tetamu itu dengan sebaik mungkin. Di sekolah, mereka juga akan sentiasa menghormati guru-guru dan sentiasa bersikap positif dengan teguran guru.

# Mempunyai Sikap Rajin
Anak yang cemerlang adalah anak yang rajin sama ada di rumah atau di sekolah. Ketika di rumah, mereka rajin membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rutin harian. Antara kerja-kerja tersebut memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan menjaga kebersihan rumah. Manakala di sekolah pula, mereka rajin belajar dan membuat latihan yang diberi oleh guru. Anak yang cemerlang ini minat membaca buku sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

# Membalas Jasa Ibu Bapa
Berazam untuk membalas jasa ibu bapa juga merupakan salah satu ciri anak yang cemerlang.
Anak yang cemerlang mengetahui bahawa ibu bapa banyak berjasa kepada mereka dengan menyediakan kemudahan asas kepada mereka. Antara kemudahan asas itu ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan rawatan perubatan. lbu bapa juga telah memberikan pendidikan kepada mereka dengan menghantar mereka ke sekolah selama sebelas tahun dan seterusnya mereka dihantar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Setelah mendapatkan pekerjaan, anak yang cemerlang membantuadik-adiknya yang masih bersekolah.

# Berdisplin
Selain itu, anak yang cemerlang mempunyai disiplin diri yang tinggi. Oleh itu, anak yang
cemerlang sentiasa menghargai waktu mereka dan memenuhi waktu lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. Mereka tidak suka membazirkan masa dengan sesuka hati. Selain itu. mereka berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain dalam tindakan mereka. Jika mereka melakukan kesalahan, mereka akan memohon maaf dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.         
CIRI-CIRI ANAK YANG CEMERLANG Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget