JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Di sekolah, terdapat beberapa jenis aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan.


Pasukan unit beruniform merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Pasukan unit beruniform ini terdiri daripada Pasukan Pengakap, Kadet Polis, Kadet Romba, Bulan Sabit Merah, Pergerakan Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain. Antara aktiviti yang dilakukan dalam perjumpaan unit beruniform ialah kawat kaki, perkhemahan dan sebagainya. Aktiviti unit beruniform ini dapat membentuk tahap disiplin yang tinggi dalam diri pelajar. 


Selain itu, sukan olahraga juga merupakan aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. Setiap sekolah akan merancang aktiviti sukan olahraga yang akan disertai oleh semua pelajar.  Antara acara yang dipertandingkan ialah acara padang dan acara balapan. Sesungguhnya, pertandingan kejohanan olahraga tahunan ini dapat membentuk semangat juang yang tinggi kepada pelajar.

Aktiviti permainan juga merupakan salah satu kegiatan kokurikulum. Aktiviti permainan ini kebanyakannya dimainkan secara berpasukan dan jumlah pemain adalah berbeza antara satu permainan dengan permainan yang lain. Aktiviti permainan ini boleh dimainkan di padang atau di gelanggang. Contoh aktiviti permainan ialah bola sepak, bola jaring dan badminton. Aktivitl permainan ini boleh membentuk nilai bekerjasama dalam pasukan dan juga sikap tidak mementingkan diri sendiri.

Aktiviti kelab juga merupakan kegiatan kokurikulum. Setiap kelab mempunyai ahli jawatankuasa dan guru pembimbing. Antara contoh kelab yang terdapat di sekolah ialah Kelab Catur, Kelab Pencegah Jenayah, Kelab Keselamatan Jalan Raya dan sebagainya. Aktiviti kelab yang dijalankan ini akan memberi pengetahuan dan pengalaman kepada  pelajar secara langsung atau tidak langsung.
JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget