KEBAIKAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Kebaikan pertama menyertai aktiviti kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa lapang perlu diisi dengan kegiatan yang berfaedah supaya masa tersebut tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. Pelajar biasanya cenderung untuk menonton televisyen jika tiada kegiatan kokurikulurn di sebelah petang pada hari persekolahan. Oleh itu, penyertaan pelajar-pelajar dalam permainan bola sepak dan bola jaring membolehkan masa lapang mereka diisi dengan aktiviti yang berfaedah di samping dapat menyihatkan badan. Setiap aktiviti kokurikulurn yang disertai oleh pelajar akan membolehkannya menghindari sikap suka membazirkan masa.

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga pelajar dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan ini penting kepada pelajar supaya mereka boleh menjalani kehidupan pada masa hadapan dengan lebih sempurna. Pengalaman juga penting kerana dapat membantu pelajar dalam menghadapi sesuatu perkara pada masa hadapan dengan lebih baik. Pengetahuan memberi rawatan kecemasan yang diajar dalam Persatuan Bulan Sabit Merah misalnya membolehkan pelajar memberi rawatan kecemasan apabila ada kemalangan jalan raya berlaku. Selain itu, pengalaman menjadi ketua dalam sesuatu aktiviti kokurikulurn juga dapat membantu pelajar menjadi pemimpin dalam masyarakat.


Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar.  Setiap aktiviti kokurikulum mempunyai kebaikannya yang tersendiri dalam mendidik pelajar mengamalkan nilai  murni. Amalan nilai murni ini dapat membantu pelajar dalam bidang akademik mereka.

Kegiatan kokurikulurn juga membolehkan seseorang pelajar menambahkan kenalan. Kenalan yang ramai membolehkan pelajar bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu perkara. Selain itu, pelajar yang banyak kenalan akan lebih ceria dan dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Pelajar juga boleh menambahkan kenalan melalui penyertaan dalam aktiviti kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Namun demikian, pelajar mestilah berhati­-hati dalam memilih kenalan dan pilihan kenalan yang sentiasa bersikap positif dalan kehidupan.

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulurn juga akan membolehkan pelajar menjadi insan yang seimbang. Keseimbangan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelajar yang seimbang perkembangan dirinya lazimnya bersikap rajin serta mematuhi suruhan agama. Insan yang seimbang akan belajar dan bermain bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita yang diidamkan. Seterusnya pelajar berpeluang memasuki pusat pengajian tinggi dan memegang jawatan yang baik.  
KEBAIKAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget