KEBAIKAN MEMPUNYAI RAMAI RAKAN ATAU KAWAN



Selain ibu bapa dan guru, rakan juga penting dalam kehidupan kita.Dalam banyak hal atau pekara,rakan banyak mempengaruhi tindakan  kita. Kita mestilah memilh rakan yang baik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalm kehidupan seharian..Terdapat beberapa faedah jika kita mempunyai ramai rakan.

# Teman Untuk Berbual
Antara kebaikan mempunyai ramai rakan  ialah kita dapat teman untuk berbual.Kita berbual tentang pelbagai pekara yang berlaku disekeliling kita.Dengan berbual kita dapat membuang rasa bosan dan sunyi.Selain itu,perbualan dengan rakan juga membolehkan kita menambahkan perbendaharaan kata dan memperbaiki sebutan  sesuatu perkataan.
# Menambahkan Pengetahuan
Selain itu,kita juga dapat menambahkan pengetahuan apabila mempunyai ramai rakan.Kita boleh menambahkan pengetahuan  melalui perbualan dengan rakan menggunakan teknologi maklumat seperti internet.Pengetahuan yang kita perolehi ini boleh digunakan dalam menjalani kehidupan seharian.Kita juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk mrnjawab  soalan peperiksaan.

# Teman Untuk Belajar
Faedah lain mempunayi ramai rakan ialah kita dapat teman untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Sesungguhnya, pembelajaran secara kumpulan membolehkan kita belajar dengan lebih baik. Contohnya, jika kita mengetahui tentang tajuk yang dibincangkan kita dapat membantu rakan. Sebaliknya, jika kita kurang memahami sesuatu tajuk pelajaran rakan kita yang mahir dapat mebantu kita.

# Tempat Meminta Pertolongan
Di samping itu, dengan mempunyai ramai rakan, kita dapat meminta pertolongan apabila kita menghadapi sesuatu masalah. Antara bentuk pertolongan apabila kita mengahadapi sesuatu masalah. Antara bentuk pertolongan tersebut ialah kita boleh meminta bantuan daripada rakan, apabila berlaku perkara yang tidak diingini seperti kita kehilangan wang, ditimpa kemalangan atau sebagainya. Kita juga boleh meminta rakan memaklumkan kepada guru apabila kita tidak dapat hadir ke sekolah. Sebagai rakan yang baik, kita juga mesti menolong rakan yang menghadapi masalah.

# Keselamatan Diri
Faedah ini mempunyai ramai rakan ialah keselamatan diri kita akan lebih terjamin. Sekarang ini banyak peristiwa yang sering berlaku di kalangan pelajar seperti buli, dirompak atau diculik. Dengan berjalan bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan, pasti keselamatan lebih terjamin. Apabila berlaku sesuatu kemalangan pula rakan-rakan juga dapat memberikan bantuan dengan segera.
KEBAIKAN MEMPUNYAI RAMAI RAKAN ATAU KAWAN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget