LANGKAH MENANGANI MASALAH BULI

Masalah  membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu  gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi


Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalangan pelajar. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak rencana-rencana yang dapat memberi kesedaran kepada pembaca, khasnya pelajar sekolah boleh disiarkan dalam media massa. Media elektronik pula boleh menyiarkan berita keburukan buli kepada pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, pihak media massa mestilah sedar tanggungjawab sosial mereka untuk menangani masalah buli.

Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala buli.  Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil tindakan.

Pelajar-pelajar pula perlu memillh kawan yang baik. Hal ini kerana, rakan sebaya juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Pelajar perlu diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan sebaya yang baik. Pelajar juga perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan pelajar yang nakal dan mempunyai tahap disiplin yang rendah.
LANGKAH MENANGANI MASALAH BULI Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget