LANGKAH MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Langkah yang perlu dibuat oleh pihak sekolah untuk menceriakan kawasan sekolah ialah dengan menanam pelbagai jenis pokok. Di samping menceriakan persekitaran, pokok yang ditanam juga dapat membekalkan oksigen. Penanaman pokok sewajarnya ditumpukan di bahagian pintu masuk dan hadapan pejabat sekolah kerana tempat ini menjadi tumpuan pelawat. Antara jenis pokok yang bo1eh ditanam ialah pokok bunga dan pokok tumbuhan hijau yang cantik. Pokok-pokok yang telah ditanam ini mesti dijaga dengan baik, sepertl menyiram air dan meletakkan baja.


Selain itu, keceriaan sekolah juga boleh dipertingkatkan dengan mengecat bangunan lama. Cat bangunan yang pudar atau sudah luntur pasti akan mengganggu keceriaan sekolah. Sewajarnya bangunan sekolah dicat lima tahun sakali dan pihak sokolah boleh meminta peruntukan tersebut daripada Kementerian Pelajaran. Antara warna yang menarik untuk bangunan sekolah adalah warna yang terang. Sesungguhnya, bangunan yang baru dicat akan menyerlahkan lagi keceriaan pokok



Di samping itu, pihak sekolah juga boleh membuat landskap di bahagian pintu masuk dan hadapan pejabat. Landskap yang menarik pasti dapat menceriakan lagi kawasan sekolah. Kos untuk membuat landskap ini boleh juga dipohon daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Bentuk landskap sewajarnya ringkas tetapi menarik dan kosnya pula seharusnya tidak terlalu tinggi. Selain itu, pihak sekolah juga boleh meminta khidmat nasihat daripada pihak berkuasa tempatan untuk membuat landskap yang bersesuaian.

Langkah seterusnya supaya sekolah sentiasa ceria ialah dengan tidak membuang sampah di merata tempat. Sikap tidak membuang sampah merata-rata pasti dapat menceriakan persekitaran sekolah. Tindakan tegas hendaklah diambil terhadap pelajar yang tidak mengambil berat tentang peraturan membuang sampah. Dalam pada itu, pihak sekolah hendaklah meletakkan tong sampah di tempat yang strategik supaya pelajar dapat membuang sampah dengan mudah. Pihak pentadbiran sekolah juga hendaklah sentiasa mengingatkan pelajar supaya tidak membuang sampah di merata rata.

Untuk pengukuhan, pihak sekolah wajar mengadakan pertandingan keceriaan kelas setiap minggu. Di samping dapat menceriakan persekitaran sekolah, kebersihan sekolah juga dapat memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar. Antara  aspek yang perlu diambil kira dalam pertandingan keceriaan kelas ialah kebersihan lantai, kekemasan susunan kerusi dan meja serta pengisian maklumat pada papan kenyataan kelas. Kelas yang paling ceria akan diumumkan di perhimpunan mingguan dan diberi hadiah berserta piala pusingan. Bagi kelas yang tidak mencapai tahap minima keceriaan, denda patut dikenakan.

Kawasan persekitaran sekolah sewajarnya sentiasa ceria bagi menghasilkan suasana yang kondusif untuk pelajar belajar. Bagi menampung kos menceriakan kawasan sekolah pula, pihak PIBG juga boleh membantu. Manakala, aktiviti gotong-royong antara warga sekolah dengan PIBG pula perlu diadakan untuk menceriakan kawasan sekolah. Sesungguhnya, persekitaran sekolah pasti akan lebih ceria jika Ibu bapa, pihak PIBG, para pelajar dan pihak sekolah berganding bahu untuk menceriakan sekolah.
LANGKAH MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget