LANGKAH MENGATASI GEJALA MAT REMPIT

Gejala  mat rempit boleh mendatangkan masalah kepada ketenteraman awam dan menambah bilangan korban jalan raya. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu  dilakukan untuk menangani masalah mat rempit.

lbu bapa adalah pihak yang patut memainkan peranan dalam menangani masalah mat rempit di kalangan anak-anak mereka. Kita sedia maklum bahawa banyak masa anak-anak berada di samping ibu bapa di rumah. Jika ibu bapa membelikan anak-anak motosikal, pastikan pergerakan mereka dipantau pada setiap masa. Ibu bapa yang dapat memberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak pasti dapat  menghindarkan anak mereka daripada terlibat dalam gejala mat rempit. 


Selain itu, masyarakat juga turut berperanan membendung gejala mat rempit. Sikap masyarakat yang saling mengambil berat permasalahan setempat akan mempengaruhi aktiviti mat rempit. Segala pergerakan mat rempit yang berlaku dalam masyarakat mesti diambil tindakan pencegahan dengan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa. Jika semua ahli masyarakat setempat mengambil tangungjawab untuk menghapuskan gejala mat rempit, maka sudah pasti suasana masyarakat akan menjadi lebih tenteram dan harmoni.

Media massa juga perlu memainkan peranan dalam membendung kegiatan mat rempit. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda manusia tidak dapat disangkal lagi. Media elektronik seperti televisyen pula boleh memainkan peranan dengan membuat iklan yang dapat memberikan kesedaran kepada remaja tentang keburukan gejala merempit dan lumba haram. Namun begitu, iklan-iklan dan kempen-kempen yang diadakan mestilah dipelbagaikan bentuk visualnya supaya dapat memberi kesedaran yang berpanjangan dan mendalam kepada mat rempit dan golongan remaja.       

Kementerian Pengangkutan juga perlu memainkan peranan dan bersikap lebih proaktif. Kementerian Pengangkutan mempunyal kuasa untuk mencari alternatif baru untuk menangani masalah mat rempit. Kementerian Pengangkutan juga boleh bergabung tenaga dengan pihak polis dalam usaha menangani gejala mat rempit dan lumba haram. Seterusnya, Kementerian Pengangkutan boleh juga menjalankan Kempen keselamatan jalan raya yang memberi penekanan terhadap gejala mat rempit.

Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan penting. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran boleh mengadakan pelbagai aktiviti tentang menangani gejala mat rempit di sekolah-sekolah. Dalam perhimpunan rasmi sekolah pula, pengetua atau guru  besar boleh mengingatkan pelajar  tentang keburukan menjadi mat rempit. Jika terdapat aduan berlakunya gejala mat rempit, pihak sekolah patut memanggil pelajar berkenaan untuk diberi kaunseling dan nasihat.

LANGKAH MENGATASI GEJALA MAT REMPIT Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget