LANGKAH MENGGALAKKAN PELAJAR MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM



Isu ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum bukanlah masalah baru di kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum.

Pihak sekolah merupakan pihak yang paling penting dalam usaha menggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Hal ini kerana, pihak sekolah boleh melaksanakan pelbagai program kepada pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang diadakan. Dalam usaha memberi kesedaran, kempen tentang kebaikan menyertai kokurikulum perlu diadakan secara berterusan oleh pihak pengurusan kokurikulum sekolah. Apabila pelajar telah mendapat kesedaran tentang kebaikan aktiviti kokurikulum, pasti mereka akan datang ke sekolah untuk menyertai kegiatan yang diadakan.



Selain itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting. Hal ini kerana ibu bapa boleh menasihati anak mereka supaya menyertai kegiatan kokurikulum kerana banyak faedah yang akan diperolehi. Sikap ibu bapa yang prihatin dan bertanggungjawab tentang aktiviti kokurikulum pelajar di sekolah pasti akan mendorong anak mereka untuk menyertai kegiatan yang dijalankan. 

Masyarakat juga boleh memainkan peranan penting dalam usaha menggalakkan pelajar -menyertai kegiatan kokurikulum. Sebenarnya masyarakat berupaya mendorong pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum.     Orang awam boleh melaporkan kepada pihak sekolah jika terdapat pelajar yang ponteng daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Masyarakat  hendaklah menjauhi sikap individualistik kerana sikap ini tidak baik dalam kehidupan bermasyarakat.

Selain itu, pihak media massa juga boleh memainkan peranan penting. Kebolehan media massa
Untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca memang tidak dapat dinafikan lagi Media cetak juga boleh memaparkan rencana tentang kebaikan aktiviti kokurikulum dan begitu juga dengan media elektronik.  Jika pihak media dapat mempelbagaikan bentuk kempen, pasti pelajar akan terdorong untuk menyertai kegiatan kokurikulum. 
 
Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan dalam usaha nenggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Hal Ini kerana, Kementerian Pelajaran boleh merancang program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Tindakan kerajaan yang mengambil kira markah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum untuk kemasukan ke Institusl Pengajlan Tinggi Awam  merupakan langkah yang baik. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran juga sewajarnya membuat pemantauan terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum dan cuba mengatasinya.
LANGKAH MENGGALAKKAN PELAJAR MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget