LANGKAH MENINGKATKAN AKTIVITI RIADAH DALAM MASYARAKAT

Pihak kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan aktiviti riadah dikalangan masyarakat. Hal ini kerana, pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk membuat perancangan. Dengan sumber kewangan yang ada, pihak kerajaan boleh membina tempat beriadah di seluruh negara. Antara kemudahan yang perlu dibina ialah taman permainan,tempat untuk berjoging dan tempat untuk berkelah.

Kementerian Kesihatan juga boleh memainkan peranan dalam usaha meningkatkan aktiviti riadah di kalangan masyarakat. Kementerian Kesihatan harus mempergiatkan lagi kempen kesedaran hidup sihat. Jabatan dan agensi kerajaan yang lain juga boleh memanggil Jabatan Kesihatan untuk memberi ceramah tentang amalan gaya hidup sihat. Selain itu, program senaman pagi yang dianjurkan oleh beberapa jabatan kerajaan dapat memberi kesedaran kepada kakitangannya supaya mengamalkan aktiviti riadah dan gaya hidup sihat. Masyarakat pula perlu memberikan sambutan dalam menjayakan program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan.



Media massa juga berperanan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti riadah. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkal. Antara program yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan stesen televisyen ialah membuat iklan amalan gaya hidup sihat dan mengadakan program senaman. Forum kesihatan juga boleh diadakan dengan menjemput pakar-pakar dalam bidang kesihatan dan sains sukan.

Pihak sekolah juga boleh memainkan perainan bagi menggalakkan aktiviti riadah di kalangan masyarakat. Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG) boleh merancang aktiviti riadah di kalangan pelajar dan keluarga mereka. Aktiviti ini boleh dilakukan dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah

Sesungguhnya aktiviti riadah banyak kebaikan kepada kita. Kita hendaklah berganding bahu untuk menggalakkan aktiviti  riadah di kalangan masyarakat. Jika ini dapat kita lakukan, maka tahap kesihatan masyarakat Malaysia akan bertambah baik dan kehidupan masyarakat Malaysia akan lebih bahagia. Keadaan ini pasti akan mendorong kepada kemajuan ekonomi negara.

LANGKAH MENINGKATKAN AKTIVITI RIADAH DALAM MASYARAKAT Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget