PROGRAM DIJALANKAN SEMASA SAMBUTAN HARI GURU

Guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang. Sebagai menghargai jasa guru, kerajaan telah mengisytiharkan 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru. Dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program yang boleh dilaksanakan sekolah,

Program pertama yang diadakan ialah mengadakan perhimpunan rasmi. Kebiasaannya, program ini diadakan pada waktu pagi dan dihadiri oleh semua pelajar dan wakil PIBG. Guru-guru akan diarak memasuki dewan atau tempat khas dengan paluan kompang dan sebagainya. Dalam majlis ini, para guru akan membaca ikrar guru, menyanyikan lagu Guru Malaysia dan mendengar amanat daripada Menteri Pelajaran. Sesungguhnya, program yang diadakan ini dapat memberi semangat baru kepada guru untuk terus menaburkan bakti kepada pelajar dan negara.

 Selepas majlis perhimpunan rasmi, pelajar akan membuat persembahan. Persembahan boleh dibuat secara individu dan kumpulan. Tujuan persembahan pelajar diadakan adalah untuk meraikan dan menggembirakan guru-guru. Antara persembahan yang biasa diadakan adalah seperti nyanyian,deklamasi sajak,tarian dan sketsa.

Di samping itu, para guru juga akan membuat persembahan. Tujuan persembahan guru ialah untuk menghiburkan pelajar. Ada juga guru yang membuat persembahan secara individu dan berkumpulan. Kebiasaannya guru juga akan menyanyi, membaca puisi serta bermain alat muzik. persembahan daripada guru ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar.

Terdapat juga acara memberi hadiah kepada guru-guru. Pemberian hadiah kepada guru dibuat secara individu dan mengikut kelas.  Pada hari itu, guru akan mendapat pelbagai hadiah seperti bunga, pen dan buku. Sebenarnya guru-guru hanya mengharapkan pelajar berjaya dalam pelajaran dan mereka tidak pernah meminta hadiah daripada para pelajar.

Program terakhir yang selalu diadakan ialah jamuan hari guru. Majlis jamuan hari guru ini dihadiri oleh  guru-guru dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Biasanya majlis ini dibiayai oleh PIBG dan pihak pentadbiran sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan guru-guru yang telah menabur bakti kepada pelajar dan masyarakat setempat.
PROGRAM DIJALANKAN SEMASA SAMBUTAN HARI GURU Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget