CARA MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN

Umum mengetahui sektor pelancongan telah banyak memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara. Sektor  pelancongan telah dapat memberi sumbangan dalam menambahkan pendapatan negara. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memajukan sektor pelancongan.


Antara pihak yang boleh memainkan peranan utama untuk memajukan sektor pelancongan ialah pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyal sumber kewangan untuk membina pelbagai kemudahan pelancongan. Contohnya, pihak kerajaan boleh membina sistem jalan raya yang baik untuk memudahkan pelancong bergerak ke sesuatu kawasan pelancongan. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan Program Tahun Melawat Malaysia bagi menarik lebih ramal kedatangan pelancong asing.


Selain itu, pengusaha hotel juga boieh memainkan peranan. Pengusaha hotel hendaklah menyediakan kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan dan berkualiti. Pengusaha hotel boleh membuat pakej pelancongan bagi menarik lebih ramal pelancong dari dalam dan luar negara untuk tinggal lebih lama di hotel mereka. Jika pengusaha hotel mampu menawarkan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti, saya pasti sektor pelancongan negara akan terus maju.

Bagi pihak peniaga pula, mereka juga boleh memainkan peranan untuk memajukan sektor pelancongan negara. Contohnya, peniaga mesti meletakkan harga yang berpatutan terhadap barangan yang dijual. Mereka juga mesti menjaga kualiti barangan yang dijual supaya pelancong berpuas hati dengan barang yang dibeli. Para peniaga juga tidak wajar mengenakan harga yang berlainan antara pelancong tempatan dengan pelancong luar negara.

Di samping itu, rakyat Malaysia sendiri boleh memainkan peranan untuk memajukan sektor pelancongan negara. Justeru, semua rakyat Malaysia mesti mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Rakyat Malaysia juga mestilah sentiasa menunjukkan muka yang manis dan selalu tersenyum. Jika terdapat pelancong asing yang bertanya tentang sesuatu perkara, mereka mestilah menjawab dengan balk dan memberikan pertolongan yang sewajarnya.

Syarikat pelancongan juga boleh memainkan peranan dalam memajukan sektor pelancongan negara. Syarikat pelancongan mestilah mengenakan harga yang berpatutan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelancong. Perkhidmatan bas yang disediakan mestilah selesa dan selamat untuk pelancong. Mereka mestilah menepati masa yang dijanjikan kepada pelancong agar pelancong tidak jemu atau bosan kerana menunggu untuk jangka masa yang lama.
CARA MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget