KEBURUKAN RASUAH

Pastinya ramai dikalangan masyarakat amat fobia dan benci dengan perkatan rasuah. Kita juga sedia maklum bahawa isu rasuah ini kerap menjadi perbincangan setiap lapisan masyarakat. Sesungguhnya isu rasuah ini kerap menjadi bahan perbincangan kerana gejalah ini banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Oleh itu, di sini dikongsikan keburukan amalan rasuah.

Keburukan pertama gejala rasuah ialah ianya merendahkan harga diri seseorang. Seseorang yang melakukan rasuah akan hidup dalam keadaan yang tidak tenteram dan maruahnya juga akan turut tercemar. Hal ini kerana perbuatan rasuah adalah salah di sisi undang-undang negara. Jika didapati bersalah seseorang yang melakukan rasuah boleh didenda dan dipenjarakan. Malah, kegiatan rasuah bukan sahaja boleh merendahkan harga diri seorang yang mengamalkan rasuah tetapi juga ahli keluarganya.

Keburukan kedua akibat daripada perbuatan rasuah juga adalah kehidupan masyarakat pasti menjadi tidak harmoni jika gejala rasuah ini tidak dibendung. Contohnya, sikap prasangka buruk akan timbul terhadap jiran yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak sesuai dengan pendapatan bulanannya. Selain itu, gejala rasuah yang dilakukan oleh seseorang individu itu boleh merebak kepada orang lain dan keadaan ini pasti akan menggugat keharmonian masyarakat. Sesungguhnya, masyarakat yang mengamalkan perbuatan rasuah akan mendatangkan masalah kepada negara pada jangka masa panjang. Oleh yang demikian, pihak berkuasa perlu membendung gejala rasuah di kalangan masyarakat dengan segera.

Sama ada kita sedar atau tidak, ketidakcekapan pentadbiran kerajaan berpunca daripada masalah rasuah. Pentadbiran negara tidak dapat berjalan dengan lancar kerana banyak urusan tidak dapat dibuat selagi kakitangan yang bertugas tidak diberi rasuah. Secara tidak langsung gejala rasuah juga akan mengurangkan kualiti kerja seseorang pegawal. Sebagai contoh, seseorang pegawai itu akan terus meluluskan sesuatu permohonan membina sesuatu kilang tanpa melihat kesan buruk yang berlaku jika kilang tersebut dibina kerana pegawai itu telah dirasuah. Justeru, keselamatan rakyat akan tergugat dan pencemaran alam sekltar pasti akan terjadi jika amalan rasuah terus berlaku di sesebuah jabatan kerajaan.

Gejala rasuah yang berlaku juga akan mengganggu perkembangan ekonomi negara. Hal ini kerana pelabur asing takut untuk datang melabur di negara ini kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memberi rasuah kepada pihak yang meluluskan permohonan perniagaan. Oleh itu, pelabur asing akan mencari negara lain untuk melabur kerana perbuatan rasuah menjadikan perniagaan mereka terganggu atau mereka berasa bosan menghadapi kerenah birokrasi. Selain itu, perbuatan rasuah dalam pemberian tender kerajaan umpamanya boleh menyebabkan kos meningkat kerana peniaga ingin mengimbangi keuntungan. 


Oleh itu, peniaga terpaksa menaikkan harga jualan atau perkhldmatan untuk menampung wang rasuah yang terpaksa dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu. Sesungguhnya, imej negara pasti akan tercemar jika amalan rasuah terus berleluasa di negara kita. Rakyat negara luar pula akan beranggapan rakyat Malaysia kurang mengamalkan nllal murni dalam kehidupan seharian. Selaln itu, negara yang mengamalkan rasuah juga dianggap tidak selamat untuk dikunjungi. Sektor pelancongan juga akan terjejas jika pelancong luar mengetahui permasalahan yang dihadapi di Malaysia. Pelancong tidak lagi berminat untuk datang melancong ke negara kita. Apa yang pasti, untuk menghilangkan imej negara yang tercemar akibat amalan rasuah adalah suatu perkara yang sangat sukar.

KEBURUKAN RASUAH Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget