KEPENTINGAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

MERDEKA.. MERDEKA.. Itulah perkataan keramat yang perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia. Semua mengetahui Malaysia telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Setiap tahun telah diadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan. Kerajaan juga telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan yang bermula daripada 16 Ogos sehingga 16 September. Antara pengisian Sambutan Bulan Kemerdekaan ini ialah Program Kibarkan Bendera, Program Sambutan Ambang Merdeka dan Program Perarakan 31 Ogos. Sebenarnya banyak kebaikan yang diperolehi apabila semua lapisan masyarakat terlibat dalam sambutan Bulan Kemerdekaan.

Sambutan Bulan Kemerdekaan ini amat penting bagi memupuk nilai-nilai murni di kalangan rakyat. Penduduk Malaysia yang pelbagai kaum amat memerlukan penghayatan nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan ialah nilai kerajinan, bekerjasama dan rasional. Rakyat diharapkan lebih peka dan bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi Negara sehingga kini. Disamping itu, rakyat diharapkan juga lebih bersedia mempertahankan kemerdekaan negara dan berwawasan jauh seiring dengan wawasan negara.

Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memberi kesedaran tentang tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mengisi kemerdekaan yang telah diperolehi. Pemimpin negara sedang mengorak langkah untuk menjadikan Malaysia sabagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Pelbagai program telah dirancang oleh kerajaan untuk memajukan negara. Sebagal rakyat yang bertanggungjawab, kita hendaklah menyokong semua rancangan yang telah dibuat oleh kerajaan. Oleh itu, rakyat Malaysla diharapkan akan dapat menyokong segala usaha kerajaan dalam memajukan negara.
 


Memantapkan kesedaran patriotisme di kalangan rakyat Malaysia juga merupakan salah satu kepentingan sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan. Hal ini kerana generasi muda hari ini mudah hanyut dan terikut-ikut dengan budaya Barat. Mereka juga amat mudah meniru dan memandang tinggi bangsa luar, khususnya bangsa Eropah. Oleh itu, seharusnya golongan muda mempunyai  semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara sendiri. Rakyat Malaysia juga sewajarnya lebih mementingkan barangan buatan negara sendirl kerana ianya dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Sambutan Bulan Kemerdekaan ini juga bertujuan memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan kaum amat penting untuk Malaysia menjadi sebuah Negara maju. Setiap kaum dalam negara mestilah mendahulukan kepentingan negara dalam setiap tindakan mereka. Sesungguhnya, program sambutan Bulan Kemerdekaan dapat menyedarkan kaum-kaum yang terdapat di Malaysla supaya mematuhi semua peraturan dan undang-undang negara. Bak kata pepatah 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.

Sambutan Bulan Kemerdekaan juga akan mengingatkan semula semua rakyat, khususnya generasi selepas kemerdekaan supaya menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan. Sesungguhnya, jasa-jasa pejuang kemerdekaan tidak boleh dilupakan dan mesti dikenang terutama sekali pada ulang tahun kemerdekaan. Pejuang-pejuang seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Rentap, Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman patut menjadl idola rakyat Malaysia. Malahan tokoh-tokoh ini patut dijadikan pembakar semangat kepada generasi muda untuk terus berjuang agar kemerdekaan negara tidak akan tergugat. Justeru, kemerdekaan negara pada masa kinl harus dipelihara agar negara tidak terjajah lagi.
KEPENTINGAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget