PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang telah dikecapi oleh Negara kita. Selepas negara kita mencapai kemerdekaan banyak program-program kemerdekaan telah diadakan bagi meraikan hari kemerdekaan Negara. Kini, Program Bulan Kemerdekaan negara disambut dari 16 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Sambutan Ini bertujuan melahirkan kegembiraan, rasa bangga dan bersyukur dengan kemerdekaan yang dikecapi sehingga kini. Sambutan Bulan Kemerdekaan juga bertujuan untuk menghargai jasa pejuang-pejuang kemerdekaan dan memantapkan perpaduan di kalangan rakyat. Antara contoh program bulan kemerdekaan Negara adalah seperti di bawah.

Pengisian sambutan Bulan Kemerdekaan yang amat ketara ialah Program Kibarkan Bendera Jalur Gemilang. Program ini bermula pada 16 Ogos sehingga 16 September setiap tahun. Pada masa tersebut, bendera Jalur Gemilang akan dikibarkan di sernua pejabat kerajaan, pusat pengajian tinggi, sekolah, pusat perniagaan dan rumah. Di samping itu, pemilik kenderaan persendirian seperti motosikal, kereta, van, bas dan lori juga digalakkan memasang bendera pada kenderaan masing­-masing. Terdapat juga pihak swasta yang memberikan bendera Jalur Gemilang secara percuma.

Selain itu, pertandingan bertemakan semangat patriotisme juga diadakan seperti pertandingan mengarang dan mencipta lagu patriotik serta kuiz kemerdekaan. Kebiasaannya pertandingan yang diadakan adalah berperingkat-peringkat iaitu dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat pusat pengajian tinggi. Sambutan terhadap program yang diadakan Ini amat menggalakkan. Kebiasaannya, hadiah untuk program pertandingan ini ditaja oleh plhak kerajaan dan swasta. Diharapkan semangat yang dilaksanakan ini telah dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat.
 
Seterusnya, forum dan ceramah-ceramah kemerdekaan juga turut diadakan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Forum dan ceramah diadakan di tempat tertutup atau di tempat terbuka. Di tempat tertutup biasanya diadakan di tempat ibadat, dewan orang ramai, sekolah atau universiti. Manakala di tempat terbuka pula biasanya diadakan di padang awam atau stadium. Di samping itu, media massa seperti televisyen dan radio juga turut menyiarkan program forum dan ceramah. Kandungan forum dan ceramah adalah untuk menyeru rakyat supaya menghargai kemerdekaan negara dan berusaha mengekalkan kemerdekaan negara.
 


 Pada malam 30 Ogos pula akan diadakan sambutan Ambang Merdeka. Sambutan biasanya diadakan di peringkat daerah, negeri dan nasional. Di peringkat nasional, biasanya sernua lapisan masyarakat akan berkumpul di Dataran Merdeka untuk menunggu detik dua belas malam 31 Ogos. Sementara menunggu detik dua belas malam itu, hadirin akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan artis-artis popular. Seterusnya, hadirin yang datangakan mengira detik-detik terakhir 30 Ogos dan melaungkan sorakan merdeka dengan penuh semangat patriotisme.

Acara kemuncak sambutan ialah perarakan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos. Perarakan Ini juga diadakan di peringkat daerah, negeri dan nasional. Perarakan ini disertai oleh semua lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hinggalah warga tua yang mewakili pelbagai kementerian dan syarikat swasta. Mereka yang berarak akan membuat lintas hormat di hadapan tetamu khas. Rakyat yang tidak terlibat dengan perarakan akan menyaksikan perarakan kemerdekaan dengan penuh minat dan semangat patriotisme.
PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget