5 Kelebihan iOS 9 berbanding iOS 8



Berita baik kepada kepada penggemar sistem operasi IOS, kini pihak Apple akan mengemaskini sistem operasi iOS9 yang akan dikeluarkan syarikat berkenaan pada bulan September 2015.


Berikutan rungutan pelbagai pihak terhadap sistem iOS8 yang telah sedia ada, pihak Apple akan menaik tarafkan keLancaran pemprosesan iOS 9 agar ianya lebih pantas dan kompak. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Apple menjelaskan terdapat 5 ciri utama yang akan dinaik taraf dalam iOS 9 ini. Berikut 5 kelebihan iOS 9 berbanding iOS sebelumnya.


# Siri
Penambahbaikan Siri lebih menyerlah apabila dimuatkan kebolehan Proactive Assistant. Dengan penambahbaikan ini, Siri kini berupaya menyampaikan maklumat dan menjalankan tugasan tanpa apa-apa tindakan dari pengguna seperti pengguna boleh melihat emel dan menyuruh Siri mengingatkan semula pada kemudian masa.

# Multitasking
Khusus buat pengguna iPad, penambahan antara muka baharu membolehkan pengguna membuka beberapa aplikasi baharu. Apabila menekan ‘split view’ pengguna boleh membuat berbilang tugasan dengan memaparkan beberapa aplikasi pada waktu yang sama.



#  Mod rendah kuasa
Ciri baru ini berupaya memanjangkan hayat bateri sehingga tiga atau empat jam jika telefon digunakan secara aktif. Ini serupa dengan ciri yang ada pada Samsung dan HTC. Mod rendah kuasa akan mengurangkan beberapa fungsi namun semua ciri-ciri asas masih boleh digunakan seperti biasa.

# Perubahan besar terhadap aplikasi iOS
Notes kini mempunyai toolbar, fungsi kamera kini mempunyai kebolehan melukis dan iCloud kini berkemampuan merentasi semua pelantar iOS dan Mac pada waktu yang sama. Peta juga dinaiktaraf dimana informasi mengenai kenderaan awam telah dimasukkan.

# Apply Pay
Apple juga telah membuat peningkatan terhadap Apple Pay. Apple memudahkan penggunaan kad kredit, kad ganjaran dan kad keahlian. Semuanya dirangkumkan dalam satu fungsi iaitu Wallet (Dahulunya dikenali Passbook dalam iOS 8)
5 Kelebihan iOS 9 berbanding iOS 8 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget