Ciri Eksklusif Pada Galaxy Tab S2 : Kini Di Pasaran Malaysia

Berita baik kepada penggemar gadjet, kini syarikat Samsung telah memperkenalkan tablet Galaxy Tab S2 ke pasaran Malaysia.  

Dikhabarkan bahawa Galaxy Tab S2 ini akan memasuki ke pasaran Malaysia mulai 14 Ogos di dalam versi LTE dan didatangkan dengan  dua saiz skrin yang berbeza iaitu 8-inci dan 9.7-inci dengan resolusi 2048×1536. Kepadatan piksel bagi skrin 8-inci berada pada kadar 320ppi dan 264ppi bagi skrin paparan 9.7-inci.

Spesifikasi lain  yang dimiliki oleh kedua-dua versi ini adalah hampir sama iaitu Tab S2 hadir dengan pemproses octa-core Exynos 5433, 3GB RAM, 32 atau 64GB memori simpanan dalaman, kamera utama 8MP, kamera selfie 2.1MP dan akan mempunyai sensor pengesan capjari yang sama seperti pada Galaxy S6.

Galaxy Tab S2 dengan skrin paparan 9.7-inci akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,870mAh manakala versi 8-inci akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, kedua-dua tablet ini juga mempunyai slot microSD yang menyokong tambahan kapasiti ruang simpana sehingga 128GB dan beoperasi berasaskan sistem operasi Android 5.0.2 Lollipop.

Apa yang lebih menarik adalah tablet Galaxy Tab S2 ini juga mempunyai kenipisan yang sangat luar biasa iaitu hanya 5.6mm iaitu lebih nipis daripada Apple iPad Air 2 dan Sony Xperia Z4 yang mempunyai kenipisan 6.1mm.

Galaxy Tab S2 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu putih, hitam dan emas.  Harga penjualan Galaxy Tab S2 ini adalah seperti berikut;

Galaxy Tab S2 8.0-inci LTE 32GB – RM 1699



Galaxy Tab S2 9.7-inci LTE 32GB – RM 1999
Ciri Eksklusif Pada Galaxy Tab S2 : Kini Di Pasaran Malaysia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget