Spesifikasi Samsung Galaxy A8 : Kini Di Pasaran Malaysia

Berita baik kepada peminat gadjet dari Samsung, kini telefon pintar Samsung Galaxy A8 telah memasuki pasaran Malaysia.  Menarik mengenai  Samsung Galaxy A8 ini ianya  hadir dengan reputasi telefon pintar ternipis yang pernah Samsung keluarkan sehingga ketika ini.  
Berbanding dengan  model Samsung Galaxy S6 yang menggunakan panel besi, kini rekaan Samsung Galaxy A8 ini digantikan dengan panel aluminium. Galaxy A8 ini  merupakan telefon pintar ternipis Samsung dengan ukuran 5.8mm.

Spesifikasi lain Galaxy A8 ini hadir dengan  pemproses Qualcomm Snapdragon 615, 2GB RAM dan dua pilihan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB. Selain itu, Galaxy A8 turut hadir dengan sokongan dwi-SIM dan slot ini juga boleh digunakan untuk kad microSD.


 
Galaxy A8 juga hadir dengan sokongan 4G LTE, NFC, Wi-Fi ‘dual-band’, Bluetooth 4.1, GPS dengan Glonass dan sokongan Beidou.

Kamera  Galaxy A8 pula mempunyai resolusi kamera yang sama seperti Galaxy S6 iaitu 16MP. Sensor kamera Galaxy A8 ini mempunyai saiz piksel yang lebih kecil iaitu 1.0 ┬Ám selain OIS dan aperture f/1.9. kamera selfie Galaxy A8 adalah  kamera 5MP lensa lebar.



Selain itu, Galaxy A8 juga hadir dengan sokongan pengesan capjari pada butang ‘home’ yang mana fungsinya sama seperti pada Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge.

Galaxy A8 juga mempunyai  bateri berkapasiti 3,050mAh dan ditawarkan didalam warna putih sahaja.  Manakala  harga penjualan Samsung Galaxy A8 ini adalah RM1,888
Spesifikasi Samsung Galaxy A8 : Kini Di Pasaran Malaysia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget