$20 BILLION: ANGGARAN JUALAN 'SINGLE'S DAY' ALIBABA

single-day-sale-2016-alibabaBersempena dengan 'Single's Day' pada 11 Novem\ber 2016 (Jumaat) ini, syarikat gergasi internet China iaitu Alibaba sedang membuat jualan besar-besaran.
Dijangkakan pada tahun ini jualan syarikat Alibaba bersempena 'Single's Day 2016' akan mencecah jualan $20 Billion dan akan memecahkan rekod jualan $14.3 Billion pada 'Single's Day' tahun 2015.
SERTAI JUALAN SINGLE'S DAY DI LAZADA MALAYSIA
Oleh itu, pihak Alibaba akan memerlukan pengurusan logistik yang besar. Seramai 1.7 juta orang kakitangan, 400,000 buah kenderaan, 5000 buah gudang dan 200 buah pesawat akan digunakan untuk menghantar barangan kepada pembeli. Pada tahun ini, Alibaba berjanji untuk menghantar barangan paling cepat sehingga 2 jam.
Menyertai Alibaba membuat jualan sempena 'Single's Day' 2016 ini adalah jenama-jenama besar seperti Apple, Maserati dan Target. Syarikat tersohor ini akan menyertai jualan besar-besaran di salah satu kedai online Alibaba, Tmall. Costco, Macy’s, Starbucks dan Zara telah mula menyertai acara ini pada tahun lepas.
Dijangkakan juga Alibaba akan mengalami kenaikan keuntungan sebanyak 40% pada tahun 2016 ini, dengan jangkaan Single’s Day, yang mula diperkenalkan oleh Alibaba sejak 2009 merupakan acara membeli belah atas talian terbesar di dunia setakat ini.
Anda juga boleh menyertai acara ini di Lazada.com.my
$20 BILLION: ANGGARAN JUALAN 'SINGLE'S DAY' ALIBABA Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget