KENAPA TAOBAO.COM ADALAH PILIHAN TERBAIK ANDA UNTUK MEMBORONG BARANGAN DARI CHINA?

taobao-beli-barang-china-2017
TaoBao.com adalah sebuah laman web yang bercirikan online shopping dari negara tembok besar China. Laman jualan  ini mempunyai fungsi yang hampir sama seperti laman web jualan terkemuka seperti Amazon.com, eBay.com dan Lelong.com.my.

TaoBao.com telah diasaskan oleh kumpulan Alibaba pada tahun 2003. Peranan TaoBao adalah sebagai 'orang tengah' dalam menghubungkan pengilang, atau pemborong dengan peruncit atau pengguna.

Kini laman TaoBao.com ini mempunyai lebih kurang 760 juta senarai barangan untuk dijual. TaoBao.com juga merupakan antara 10 laman yang paling kerap dikunjungi di dunia.

Baru-baru ini dalam jualan Single’s Day 2016, laman web taobao antara penyumbang hasil jualan syarikat Alibaba yang telah mencecah  USD17.8 Billion dalam hanya 24 jam sahaja. Jumlah yang tidak masuk akal namun ianya benar-benar berlaku.

BERIKUT SEDIKIT SEBANYAK MAKLUMAT PENTING MENGENAI TAOBAO.COM YANG PERLU ANDA KETAHUI.

# Taobao Menjual Dalam Kuantiti Yang Cukup Kecil, Pada Harga Yang Berpatutan
Laman seperti Alibaba.com menghubungkan pengilang dengan pemborong, dan hasilnya anda perlu membeli dalam kuanti yang sangat besar  untuk setiap barangan yang anda ingin borong.
Laman seperti AliExpress pula menawarkan barangan dalam kuantiti yang sesuai dengan kita pemborong kecil-kecilan. Tetapi masalahnya, biasanya mereka yang menjual di AliExpress ini merupakan pengilang yang sama di laman Alibaba.com. Jadi apabila mereka menjual dengan kuantiti yang sedikit, harga naik.  Banyak kali kerana tidak membuat pengiraan dengan betul, ramai peniaga  telah terbeli stok yang jauh lebih mahal dari AliExpress.com sedangkan mereka boleh mendapatkannya pada harga yang jauh lebih rendah dari TaoBao.com

TaoBao.com ini pula di tengah-tengah antara Alibaba dan AliExpress. Kuantitinya tidaklah sebesar Alibaba, dan harganya pula tidak semahal AliExpress. Memang sesuai dengan keperluan kita sebagai pemborong kecil-kecilan.

# Taobao.Com Mempunyai Ramai Ejen Tempahan Di Malaysia
Pada asalnya TaoBao.com ini hanyalah memfokuskan aktiviti borong dalam Negara China sahaja. Namun akhir-akhir ini mereka telah mengembangkan capaian pasaran mereka ke rantau ASEAN. Jadi sistem pembayaran di TaoBao ini kurang mesra pengguna antarabangsa.
Walau bagaimanapun,  ramai pemborong di Malaysia, Singapore, Thailand dan Indonesia mula memborong dari TaoBao, kerana harganya yang murah. Tetapi pada masa itu, mereka terpaksa menggunakan ejen antarabangsa untuk menguruskan tempahan mereka, dan banyak kesusahan timbul. Dari perbezaan harga akibat perubahan nilai matawang dan sebagainya.
Atas desakkan sebeginilah, mula timbul permintaan di kalangan pemborong tempatan untuk mencari ejen tempahan di Malaysia. Sejak itu, semakin ramai orang telah menjalankan perniagaan sebagai ejen tempahan TaoBao.com. Mereka menguruskan kesemua proses tempahan, dari menempah sehinggalah kiriman barangan-barangan tersebut ke pintupembeli. Harga dan komisen yang dikenakan pun tidak mahal. Antara laman ejen taobao di Malaysia yang popular pada masa ini ialah AskMeBuy.
Jadi, jika anda ingin membeli barang dari TaoBao, anda hanya perlu melawat laman web TaoBao, dan lihat produk-produk yang ingin anda beli. Apabila anda sudah jumpa dengan produk yang mahu dibeli, jangan terus beli dari website TaoBao tersebut. Anda hanya perlu ambil screen shot atau link URL dari website tersebut, kemudian hantarkan kepada ejen anda.
Seterusnya bayar kepada agen, dan tunggu stok sampai. Tak payah pening, tak payah susah-susah kena bayar kredit kad, tak payah risau barangan tak sampai sebab kita mungkin buat silap masa mengisi borang, dan macam macam lagi! Jadi, pilihlah TaoBao.com kerana anda akan mendapat harga yang murah walaupun tempahan anda kecil, dan kerana tempahan anda akan diuruskan oleh ejen-ejen tempahan TaoBao yang mahir dan professional.

# Taobao.Com Juga Membenarkan Anda Menguruskan Tempahan Sendiri  Tanpa Agen
Taobao telah mula menyedari bahawa semakin ramai pembeli antarabangsa telah mula membeliMELALUI laman web mereka. Hasilnya, mereka kini menyediakan sistem dimana pembeli antarabangsa  di Asia Tenggara boleh menempah, kemudian menghantar  produk yang ditempah ke negara masing-masing.
BERMINAT UNTUK BELAJAR MEMBORONG DI TAOBAO DENGAN LEBIH MENDALAM. EBOOK INI DAPAT MEMBANTU ANDA
KENAPA TAOBAO.COM ADALAH PILIHAN TERBAIK ANDA UNTUK MEMBORONG BARANGAN DARI CHINA? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget