RAWATAN UNTUK SAKIT MIGRAIN

rawatan-migrain
Masalah pemakanan (diet) mungkin melibatkan 10 peratus daripada penghidap migrain dan termasuk makanan yang mengandungi kafien, coklat, keju, kekacang, yogurt dan monosodium glumate (MSG). Pesaki migrain yang sensitive kepada makanan tersebut eloklah mengelakkanya sama sekali.

Faktor-faktor lain yang boleh mendatangkan sakit kepala ini termasuklah stress, merokok, terlebih atau tidak cukup tidur dan kelaparan. Ubat-ubatan seperti pil perancang atau terapi penggantian hormone boleh menyebabkan migrain menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Kebanyakan pesakit migraine tidak menunjukkan apa-apa kesan sekiranya ubat-ubatan itu diambil. Kalu berlaku, pil perancang atau terapi penggantian hormone itu elokklah diberhentikan, tetapi kesannya (sakit kepala yang berkurangan) mungkin mengambil masa sehingga setahun lamanya. Migraine selalu menjadi bertambahbaik dalam tempoh kehamilan.

RAWATAN SEMASA MIGRAIN
Sesetengah pesakit akan menunjukkan respon kepada aspirin dan parasetamol sama ada dengan sendirinya atau melalui kombinasi dengan ubat tahan muntah (metochoripramide). Ubat-ubatan jenis anti radang bukan steroid (NSAIDs) seperti diclofenac atau ibuprofen,

Ergotamine berkesan dalam merawat migraine jenis aura yang sukar dikawal. Ubat ini tidak boleh diberikan kepada penghidap penyakit kardiovaskular (misalnya sakit jantung koronari).

Sumatriptan (agonis 5-HT1) berkesan mengawal sakit kepala dan mual dalam jangka masa yang singkat. Ia boleh diberikan secara oral atau suntikan.

RAWATAN PENCEGAHAN
Rawatan pencegahan diberikan kepada pesakit yang mengalam,i tiga atau lebih insiden sakit kepala yang teruk pada setiap bulan.

Contoh ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk rawatan pencegahan adalah
  • Pizotifen
  • Beta blocker
  • Amitryptilline
  • Sodium valporate

Kesemua ubat-ubatan yang disebutkan di atas mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Contohnya Pizotifen boleh menyebabkan bertambahnya berat badan.

Pastikan anda diberitahu kesan sampingan sebelum ubat-ubatan di atas diambil. Buat masa ini, tiada persetujuan sebulat suara dicapai berkenaan jangka masa pengambilan rawatan pencegahan tersebut.

Walau  bagaimanpun, sesetengah pihak memberikan rawatan tersebut untuk enam bulan pertama sebelum dikurangkan dosnya dan akhirnya diberhentikan.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekali gus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah selpeas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.
RAWATAN UNTUK SAKIT MIGRAIN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget