Sinopsis Novel 'SAYANG AWAK, ENCIK PENGANGGUR '

novel-sayang-awak-encik-penganggurSejak Qaila ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan Tan Sri Rashid, banyak perkara tak dijangka berlaku kepadanya. Paling tak sangka, dia diekori seorang lelki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Ray.
Orangnya kacak seperti pelakon lelaki popular. Tubuhnya pun tegap lagi tinggi macam model. Tapi yang menghairankan Qaila, kenapa gadis kasar seperti dia pula yang dikejar lelaki hebat seperti Ray?
Hairan – hairan pun, Qaila terima juga lamaran Ray. Bukan kerana suka. Hanya kerana Ray berjanji akan jaga dia selama kes Tan Sri Rashid belum selesai. Tapi, ada syaratnya. Perkahwinan mereka haruslah dirahsiakan dan untuk satu tempoh tertentu sahaja.
Dah nama pun tinggal serumah, hari – hari pun bersua muka. Mustahil bagi Qaila kalau tak jatuh sayang kepada suaminya. Tambahan pula Ray tak lekang dengan perangai sasaunya. Seamkin angaulah Qaila jadinya.
Tapi, bahagia jarang nak berlama – lama. Kemunculan Bella yang mendakwa dirinya tunang Ray telah mengubah segalanya. Sekaligus membongkar identiti Ray yang sebenar.
Jadi bagaimana dengan Qaila? Mampukah dia terus menyayangi Ray dan mempertahankan rumah tangga mereka? Ray sendiri, apa kaitannya dia dengan pembunuh sebenar arwah Tan Sri Rashid?

Sinopsis Novel 'SAYANG AWAK, ENCIK PENGANGGUR ' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget