TANDA-TANDA ANDA SEDANG MENGALAMI MIGRAIN

Selain daripada menyebabkan kepala berdenyut-denyut, sakit kepala jenis migrain ini (migraine tanpa aura) mempunyai tanda-tanda seperti berikut.
  • Sakit kepala yang berlarutan dari empat ke 72 jam
  • Intensity yang sederhana atau teruk (yang boleh mengurangkan aktiviti seharian individu terbabit)
  • Melibatkan sebelah kepala
  • Berdenuyt-denuyt
  • Menjadi lebih teruk semasa berjalan atau memanjat tangga
Semasa berlakunya sakit kepala, terdapat salah satu daripada ciri-ciri seperti
  • Rasa loya atau muntah
  • Fotofobia (cahaya atau sinaran menyebabkan kesakitan bertambah) atau fonofobia (bunyi akan menyebabkan kesakitan bertambah)

EPIDEMIOLOGI
Kelaziman migrain ini boleh berbeza-beza. Dalam tempoh setahun, prevalennya adalah enam peratus bagi kaum lelaki dan 15 peratus wanita. Nisbah kejadian migraine ini (perempuan:lelaki) adalah antara 2:1 dan 3:1. Kejadian biasanya berlaku antara usia 20-an dan 30-an. Selepas usia 50 tahun jarang berlaku.

PREVALEN MIGRAIN DAN AURA
Prevalen migraine dengan aura adalah lebih rendah berbanding migraine tanpa aura. Selain menyebabkan sakit kepala, mual serta cirit-birit migraine tanpa aura, terdapat symptom-simptom neurologi yang tidak boleh dikaitkan dengan masalah-masalah neurologi tertentu seperti strok serta dapat dikenal pasti berpunca daripada korteks serebrum.

SIMPTOM YANG TERLIBAT
Aura ini melibatkan pengalaman atau symptom-simptom visual, sensori, motor, peretuturan atau bentuk-bentuk lain.

Contohnya, dalam kes migraine  yang mempunyai aura visual, seseorang pesakit itu boleh melihat garisan bengkang-bengkok yang bergerak kea rah tepi pemandangan. Ini digelar sebagai fortifikasi (pembentengan) atau tiechopsia.
TANDA-TANDA ANDA SEDANG MENGALAMI MIGRAIN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Jomria Network
Blogger Widget