BUMI DIANCAM ASTEROID SEBESAR BANGUNAN BURJ KHALIFAH



Baru-baru ini pihak Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) telah mengeluarkan maklumat bahawa Bumi kini diancam asteroid dan tahi bintang 'berpotensi berbahaya' yang sedang bergerak kelajuan 122,310 kilometer sejam.

Asteroid yang dikenal pasti adalah Asteroid 2002 AJ129 dikatakan bersaiz sebesar bangunan Burj Khalifa yang dijangka melintasi Bumi pada 4 Februari ini dalam jarak 4.2 juta kilometer daripada bumi.


Menurut Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) lagi, biarpun jarak laluan asteroid berkenaan melebihi 10 kali ganda antara jarak bumi dengan bulan, ia masih berada pada parameter yang 'berpotensi berbahaya' (yang mana klasifikasi ini digunakan untuk asteroid dalam lingkungan jarak 7.4 juta kilometer dari bumi).

Asteroid 2002 AJ129 ini berukuran 1.2 kilometer lebar dan berada pada kelajuan 122,310 kilometer sejam ketika berada di laluan paling dekat dengan bumi.

Kedudukan itu merupakan kedudukan paling dekat jika dibandingkan dengan objek lain yang melalui bumi pada ketika itu. NASA telah menjejaki asteroid ini selama lebih 14 tahun dan telah mengenal pasti orbitnya dengan tepat.

Berdasarkan pengiraan NASA, asteroid 2002 AJ129 tidak berpotensi untuk merempuh bumi pada 4 Februari ini malah untuk 100 tahun akan datang.