VOLKSWAGEN LANCARKAN PROMOSI UNTUK TAHUN BARU CINA 2018



Berdekatan dengan sambutan Tahun Baru Cina 2018 yang bakal tiba Februari depan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah  melancarkan promosi khas 'A Safer Drive Home' bermula 22 Januari ini hingga 28 Februari depan.

Menurut pihak Volkswagen promosi ini dianggap sebagai tambahan kepada kempen Tahun Baru Cina sedia ada, Leaders of the Pack yang turut berlangsung ketika ini.


Sepanjang promosi itu nanti, pemilik kenderaan Volkswagen berpeluang menikmati 20 mata pemeriksaan keselamatan percuma daripada VPCM.

Penawaran itu dilakukan supaya pemilik kenderaan berkenaan tenang selain selamat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Selain itu, pengguna yang berbelanja sebanyak RM800 dan ke atas untuk perkhidmatan servis dan penyelenggaraan di mana-mana pusat servis Volkswagen seluruh negara bakal menerima beg eksklusif bersempena Tahun Baru Cina daripada VPCM.

Maklumat lanjut berkenaan promosi ini boleh didapati dengan melayari laman web www.volkswagen.com.my.