BEBERAPA ISU PENTING PENDIDIKAN SEPANJANG SIDANG MEDIA OLEH MENTERI KANAN PENDIDIKAN (KPM) PADA 15 APRIL 2020


SESI PERSEKOLAHAN AKAN DITANGGUHKAN sehingga kita benar² yakin keadaan telah kembali pulih (melibatkan lebih 5 juta pelajar & 500 ribu orang guru)

TARIKH PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH akan diumumkan sekurang-kurangnya 2 minggu awal supaya para ibubapa dapat membuat persediaan sewajarnya. Namun untuk permulaan pembukaan sekolah HANYA MELIBATKAN KELAS YG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAM iaitu SPM, SVM, STPM, STAM, dan setara.

SPM, SVM STAM : DITUNDA KE TAHUN HADAPAN (ke suku tahun pertama 2021)

STPM (Sem 2 ubah ke Ogos 2020, Sem 3 bawa ke suku pertama 2021)

KEMASUKAN BAHARU KE IPT - asasi, matrikulasi, diploma tangguh sehingga Julai / Ogos 2021, ijazah - September / Oktober 2021.

PT3 & UPSR DIBATALKAN - kriteria pemilihan  ke SBP, SMKA, MRSM, MTD dgn kaedah baharu akan diperkenalkan.

UPKK?  Kerajaan negeri akan mengambil inisiatif yg sama berikutan peperiksaan awam PT3 & UPSR telah dibatalkan.

Jika sesi persekolahan dibuka, hanya kelas yang akan menduduki peperiksaan akan dibuka terlebih dahulu, iaitu TINGKATAN 5 & TINGKATAN 6 ATAS. (dengan menekankan penjarakan sosial).

ADAKAH CUTI PENGGAL AKHIR TAHUN AKAN DIPENDEKKAN? Setakat hari ni, semua jadual takwim sekolah masih dikekalkan sehingga diberitahu.