166 Kes Positif Covid-19 Dicatat Di Sarawak Pada 13 Januari 2021

This image has an empty alt attribute; its file name is statistik-covid-19-sarawak-pada-13-jan.jpg

166 Kes Positif COVID-19 Dicatat Hari Ini Di Sarawak. Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat 166 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak Sibu 94, Miri 48, Kuching 15, Beluru 4, Bintulu 3, Belaga 1 dan Samarahan 1. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 1,740 kes.

Daerah Sibu mencatat kes tertinggi di Sarawak iaitu 88 daripada kes positif disaring melibatkan Kluster Pasai.

Oleh itu, Daerah Kuching, Sibu dan Miri kekal berstatus Merah dengan sejumlah 449 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tiga daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sebauh kekal berstatus Jingga

Daerah Sebauh pula kekal berstatus Jingga dengan 21 kes. Daerah Beluru, Dalat, Selangau, Sebauh, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Meradong, Bintulu serta Limbang juga kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 34 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 27 daerah lain kekal berstatus hijau.

Tiada kematian yang dilaporkan dan jumlah kematian di negeri Sarawak kekal pada jumlah 19 iaitu 1.09% daripada jumlah kes.

Updated: January 14, 2021 — 6:06 am