Cara Mohon Bantuan Telefon Pintar 2021 & Data Percuma Untuk B40 – YTL Foundation

YTL Foundation telah melanjutkan permohonan telefon percuma B40 dan data internet sehingga Jun 2021 ini khas untuk pelajar yang layak.

Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang cara permohonan telefon pintar B40 dan data internet ini.

Bantuan Telefon Pintar 2021 & Data Internet Percuma YTL Foundation

Bagi menyokong ibu bapa, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia akan membekalkan 40GB data Internet dan akses sumber pembelajaran percuma kepada semua murid sekolah kerajaan. 

Melalui inisiatif ini, semua murid sekolah rendah dan menengah boleh mengakses: 

  1. Bahan pembelajaran percuma yang selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia untuk membolehkan murid mengikuti sukatan pelajaran sekolah di rumah.
  2. Kuiz Revisi percuma dengan memuat turun aplikasi mudah alih FrogPlay.
  3. 40GB Data percuma untuk murid belajar dari rumah. 

Syarat Kelayakan

Kriteria & Syarat Kelayakan Bantuan Telefon Pintar 2021 oleh YTL Foundation adalah seperti berikut

  1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
  2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40
    • Mengikut takrif kerajaan Malaysia, keluarga B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000
    • Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH)

*Anda perlu mengemukakan tangkapan skrin status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa murid yang tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM 1,600


Cara Permohonan Bantuan Telefon Pintar 2021 YTL Foundation

Sesiapa sahaja boleh mencalonkan murid untuk menerima telefon percuma dengan data di www.ytlfoundation.org/learn.

Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya dan ibubapa kemudiannya perlu mengemukakan pendaftaran untuk telefon percuma dengan data 120GB (10Gb sebulan/selama 12 bulan)

Sila ikut langkah ini untuk memohon:

  1. Dapatkan pencalon untuk calonkan anda dan anak anda.
  2. Sila Layari https://ytlfoundation.org/learnfromhome-b40/
  3. Sila masukkan Maklumat berikut: – Nama Sekolah – Nama Pencalon – Nombor Mykad Pencalon – Emel Pencalon – Nombor Telefon Pencalon
  4. Selepas Masukkan maklumat atas dan tekan butang “Next”
  5. Sila Masukkan Maklumat berikutnya: – Nama Pelajar – Nombor MYKID Pelajar – Nama Ibu/Bapa – Nombor MYKAD Ibu/Bapa – Emel Ibu/Bapa – Tangkapan skrin (screenshot) laman Semakan BPN yang membuktikan bahawa Ibu/Bapa adalah daripada golongan keluarga B40. (Sila pastikan nombor MyKad Ibu/Bapa yang diisi adalah sama dengan nombor MyKad dalam tangkapan skrin Semakan BPN)
  6. Selepas Masukkan maklumat atas dan tekan butang “Next”
  7. Sila tekan kotak kecil sebelum mesej seperti di bawah. – Saya mengesahkan bahawa murid yang disyorkan adalah daripada keluarga golongan B40 dan tidak mempunyai peranti untuk belajar dari rumah.
  8. Sila tekan kotak kecil dalam mesej dan klik butang Submit.
  9. Selepas itu, Pencalon akan terima emel permohonan dari YTL Foundation.
Updated: January 24, 2021 — 5:17 am