Dapatkan Tawaran 50% Diskaun Saman Polis Sehingga 11 April 2021

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Anggota polis Cawangan Pengurusan Saman Koperal Adilah Mohamed@Ahadiah menunjukkan aplikasi MyBayar Saman ketika Majlis Pelancaran Portal dan Aplikasi Mobile MyBayar Saman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.Majlis disempurnakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.–fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berita baik telah diumumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun sebanyak 50% ke atas saman-saman yang terpilih bermula 25 Mac hingga 11 April 2021.

Tawaran diskaun 50% ini dibuat adalah sempena Hari Polis Ke-214 yang disambut 25 Mac setiap tahun. Bagi memudahkan urusan membayar saman dengan diskaun 50% ini, pihak PDRM telah memperkenalkan dan merasmikan pelancaran portal dan aplikasi mobile MyBayar Saman secara online.

Oleh yang demikian tempoh sehingga 11 April 2021, orang ramai boleh dapatkan diskaun 50 peratus bagi bagi beberapa kesalahan yang boleh dilunaskan pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang caj.

Walaubagaimanapun, tawaran diskaun ini tidak terpakai untuk beberapa kesalahan utama trafik seperti :

  • Melanggar lampu isyarat merah
  • Memandu melebihi had laju ditetapkan
  • Memotong garisan berkembar
  • Menggunakan telefon semasa memandu DAN
  • Memandu di lorong kecemasan

 

Cara Semak Dan Bayar Saman Menggunakan MyBayar Saman

Jadi orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian MyBayar Saman dengan layari portal rasmi mybayar.rmp.gov.my atau download aplikasi di Play Store atau App Store.

Langkah 1)  Layari portal rasmi MyBayar Saman dan daftar terlebih dahulu pada bahagian “New User Sign Up”

Langkah 2)  Kemudian daftar seperti biasa dengan masukkan maklumat peribadi sehingga berjaya terutamanya pada nombor kad pengenalan.

Langkah 3)  Jika sudah selesai, anda perlu Login terlebih dahulu dengan masukkan User ID (No. IC) dan juga password yang telah ditetapkan sebentar tadi

Langkah 4)  Anda akan dibawa kepada halaman utama. Disini akan dipaparkan segala kesalahan trafik PDRM jika ada. Kalau ada, anda boleh lunaskan kompaun tersebut terus dari portal tersebut dengan buat pembayaran secara online.

Updated: March 28, 2021 — 7:25 am